Let’s Transforms Your Windows 7

Salam.. Cukup lama aku berdiam diri dalam dunia blog apatah lagi dalam Twitter yang semakin hilang ditelan masa. Pasti juga ramai yang sudah tak menjenguk blog aku yang tersadai ni kan? Aku tengok visitor makin berkurang dan spam pun makin banyak dalam komentar yang tak di approve lagi. Apa boleh buat, blog akan ada masa naik turunnya. Live blog yang aku update sekali sekala pun tiba-tiba tak boleh diakses, padahal blog utama ini boleh pula nak update. Cukup aneh, takkan pihak hosting aku pun nak buat hal kan?
Okey, cukuplah bebelan aku sebagai pembuka kata untuk tutorial kali ini. Ini aku nak ajar cara nak transform Windows 7 anda yang dara tu kepada yang unik dan menarik pada pandangan aku. Jom follow tutorial yang agak rumit di bawah..
Oh! Hosting Murah & Bermasalah


Salam… Hari ini aku terpanggil nak menyambung kritikan hebat yang pernah diluahkan oleh seorang blogger melayu dan juga rakan baik aku iaitu Encik Roslan Nazri dalam entri miliknya yang bertajuk Kenapa Hosting Murah Tak Patut Dibeli? Tajuk dia memang menghangatkan suasana tambahan hosting tersebut pernah dibeli oleh aku satu ketika dahulu pada bulan november 2009.
Bercakap tentang bulan november dan hosting, pasti sesiapa yang mengikuti blog ini mengetahui bahawa aku telah menghadiahkan sebuah domain dan hosting kepada tunang aku sempena hari lahirnya. Pada awal perkhidmatan hosting tersebut, semua urusan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah dihadapi oleh pemilik blog. Setelah beberapa lama, blog tersebut telah mendapat kunjungan dari rakan-rakan dan mula dikenali oleh google dan sekutunya. Pemilik blog sangat gembira mendapat hadiah sedemikian dan ia meluangkan lebih masa untuk blognya berbanding dengan aku.
“Se7en Capture” Menarik & Memudahkan

Terdapat pelbagai program untuk membuat ’screen shot’ pada komputer anda. Paling mudah adalah dengan menggunakan butang ‘Prt Scr’ yang telah tersedia pada keyboard PC dan anda boleh menekan butang ‘Ctrl + v’ pada Paint atau program foto yang lain misalnya Photoscape. Cara lain adalah dengan menggunakan perisian-perisian yang telah tersedia di segenap ruangan siber dan tunggu masa sahaja untuk anda muat turunnya. Salah satu dari perisian itu adalah 7 Capture yang telah dicipta oleh IBE Software dan ia sangat hebat pada pandangan aku.
Di bawah aku sediakan dua gambar untuk anda bandingkan perbezaan antara screen shot yang telah dilakukan menggunakan ‘Prt Scr’ dan 7 Capture:
Selongkar Info PC Menggunakan SIW
![]()

Informasi tentang PC ataupun komputer peribadi yang anda gunakan pasti terhad kerana hanya sesetengah orang sahaja mampu memeriksa apakah ‘biodata’ PC mereka dan apa informasi tentang Windows yang digunakan untuk PC tersebut. Tapi aku pasti tak semua orang mahu tahu dan tak semua orang kisah tentang informasi sebegini. Kepada kaki komputer, mereka pasti mahu tahu kesemua informasi sebegini.
Di sini aku perkenalkan pada anda semua satu perisian yang akan menyelongkar kesemua informasi PC anda. Nama perisian ini adalah SIW yang bermaksud ‘System Information for Windows’ dan ia dalam bentuk portable yakni tak perlu dipasangkan dalam PC anda.







Recent Comments