About

Siapa KILL-VEARN?
Kill-Vearn adalah nama yang diambil dari watak sebuah komik yang amat aku minati sejak dulu lagi, iaitu komik Misteri Naga (Dragon Quest).. Kill-Vearn atau dikenali sebagai Shinigami (dewa maut) dalam bahasa jepunnya mempunyai suatu karakter yang amat aku sukai.. Anda boleh lihat profile di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Kill-Vearn..
Kini ia dijadikan sebagai nama domain untuk weblog aku sebagai satu simbol untuk melambangkan kehadiran aku di alam siber yang kian rancak membangun.. Kill-Vearn juga dipilih kerana keyword untuk “kill vearn” masih kurang di indeks google berbanding dengan yang lain..
Siapa Pemilik KILL-VEARN?
Pemilik weblog ini diberi nama SYAH.. Aku kini berusia 24 tahun (2009).. Seorang pelajar sepenuh masa yang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur dalam jurusan Kejuruteraan Awam.. Berasal dari Subang Jaya, Selangor.. Seorang yang amat meminati bidang komputer & teknologi sejak pertama kali berjaya format komputer di rumah.. Selalunya aku akan menghabiskan masa di hadapan komputer mencari perisian² dan tutorial yang berguna untuk kegunaan sendiri dan kawan²..
Aku juga seorang yang sangat peramah apabila berjumpa di alam nyata dan semestinya lebih ramah apabila bertemu di alam siber.. Menolong kawan² atau sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang masalah tentang komputer adalah hobi aku.. Namun maaf dipinta andai bantuan yang diberikan tidak dapat menyelesaikan masalah anda.. Aku mempunyai suatu masalah kronik yang tidak dapat diubati iaitu “I’m addicted to internet & blog“..
Aku boleh dihubungi:
Melalui borang: Contact form | Melalui Twitter: pge46 (sila follow aku ye)
Sejarah KILLVEARN.COM
Weblog ini ditubuh dan dirasmikan secara rasminya pada 20 Mac 2009 melalui pembelian hak sewa domain dan hosting dari Onebytes.com, salah satu syarikat hosting di Malaysia.. Blog ini pada mulanya diseliakan oleh sepupu aku iaitu Mohd Adil tetapi kini ia diuruskan oleh aku sepenuhnya..
Sebelum bertapak menggunakan Wordpress sebagai platform weblog, blog ini pernah menggunakan khidmat blogspot (2008) dan hingga kini ia masih lagi ada di sana tanpa diuruskan sesiapa.. Kemudian aku cuba berjinak² dengan Wordpress setelah diajak sepupuku dan domain pge46.kraetiv.net terhasil (8 Febuari 2009).. Setelah sebulan lebih menggunakan Wordpress, aku rasa perlunya aku bertapak atas kaki sendiri dan kini killvearn.com dikenali anda..







Recent Comments