Inginkan pendapatan lebih? Sila lihat Catcheye.com.my untuk maklumat lanjut.
Home > Contest, Information, Website > Aku dan Kebuntuanku

Aku dan Kebuntuanku

Salam…

Buntulah anda seperti aku...

Dalam masa aku membuat entri ini aku masih buntu memikirkan apa yang patut aku taip kerana terlalu banyak perkara yang membuatkan aku buntu dalam menjalani kehidupan dari sehari ke sehari… Kenapa aku buntu? Ya soalan yang bijak… Aku buntu sebab dalam kehidupan aku masih banyak lagi yang belum dapat aku lengkapkan… Anda nak tengok apa kebuntuan aku? Jom usha… Diharap anda tak buntu membaca kebuntuan² aku di bawah…

1. Buntu dan Blog

kill-vearn blog


Bagi mereka yang tahu kewujudan blog aku dalam dunia wordpress ini, mereka pasti tahu bahawa aku adalah seorang newbie dalam arena berblog menggunakan pelantar wordpress… Tambahan pula baru² ini aku juga menggunakan hosting yang disewa dan memiliki domain sendiri… Siapa yang tak buntu apabila baru saja mendapat sesuatu seperti ini dalam dunia blogging kerna satu apa pun aku tak tahu bagaimana hendak uruskan… Namun kebuntuan aku kian menghilang sedikit demi sedikit kerna dek bantuan dari saudaraku serta rakan² yang sudah lama bertapak dengan wordpress dan hosting.

Itu persoalan utama… Kini aku sudah serba sedikit mahir dalam selok belok blogging ini.. Terima kasih kerna membantu aku menyelesaikan kebuntuan dalam kepala ini… Kebuntuan aku makin terasa apabila hari demi hari aku tidak tahu apa yang hendak aku poskan dalam entri terbaru kerana kebuntuan idea… Kerana blog picisan ini lebih berasaskan kepada perkongsian perisian serta tips² komputer, kini aku buntu kerana hampir 70% perisian dalam komputer telah aku kongsikan dengan rakan² di blog bertujuan untuk menjadikan ilmu komputer  sebagai salah satu ilmu yang perlu diketahui umum… Aku harap aku akan dapat lagi perisian lain kerna dek masa yang terlalu mencemburui aku…

Streamyx… Satu perkataan saja sudah cukup untuk memberitahu anda kebuntuan yang aku alami kerna perkhidmatannya yang amat sedih untuk diperkatakan… Semalam merupakan saat² kebuntuan melampau yang dihidapi oleh otak aku sehingga menaikkan darah yang sememangnya tak pernah buntu dalam mencari pengalirannya sebelum ini… Ya, streamyx amat melampau kerana tidak membenarkan aku melayari internet yang menjadi teman hidupku… Ia disusuli dengan tindakan aku yang buntu, terus mendail 100 menggunakan telefon rumahku dan dengan selamba aku menunggu hampir 30 minit untuk meneriak kepada operator yang malas hendak bercakap mengenai kebuntuan aku… Bukan sekali, tapi 4 kali aku telefon pada nombor yang sama menceritakan kebuntuan aku yang kian menggoda iman… Namun TM tak membantu langsung dan aku mengaku kalah.. Aku biarkan kebuntuan aku menenggelamkan diriku dalam lena… Bangun awal pagi, tetap tak boleh lagi, modem direset beberapa kali dan akhirnya, “Yes, dah boleh”… Aku dapat berjuang dalam masa yang singat itu untuk mengepos entri yang telah siap di draft sambil melayan otak yg buntu pergi ke laman web kawan²…

2. Buntu, Contest dan Ubuntu

azizwan contest

Dalam kebuntuan melayari web, aku melihat rakan² yang masing² buntu bermain Twitter dan akhirnya ternampak nama aku dikatakan telah menjurai satu contest… Ya, Azizwan yang baik hati telah menghilangkan kebuntuan aku mengenai streamyx tadi dan kebuntuan yang sentiasa berlegar² dalam kepala aku memikirkan siapakah yang dapat jawab contest di blognya dengan meneka jumlah wang syiling 5 sen yang tertera… Teringat lagi aku sewaktu aku kebuntuan meneka nilai 5 sen yang ada, aku dengan selamba meletakkan nilai RM10 dan oleh kerana itulah aku juga dipilih sebagai seorang dari tiga yang bakal memenangi hadiah utama kerana telah meneka hampir tepat… Aku rasa Azizwan mesti buntu hendak memilih siapakan pemenangnya, lalu digunakannya Random Number Generator sebagai alat untuk menghilangkan kebuntuannya, dan ternyata rezeki berpihak kepadaku… Alhamdulillah, tak buntu dah aku buat masa sekejap…

ubuntu

Dalam masa aku bersyukur atas kurniaan yang diberi, sekali lagi kebuntuan datang melanda kerana teringatkan dua DVD Ubuntu asli yang ditempah oleh aku di laman web Ubuntu masih belum belum kunjung tiba di kotak halaman rumah aku… Ia adalah salah satu barangan penting yang aku hendak gunakan sewaktu komputer aku buntu nanti… Jadi berapa lama lagikah pihak Ubuntu hendak membuntukan kepala aku yang kian dimamah kebuntuan?

3. Buntu, Kolej dan Rumah Sewa

kliuc

Sementara menunggu DVD Ubuntu, aku tiba² diingatkan oleh rakan sekolej pada malam tadi juga bahawa keputusan peperiksaan akan keluar pada hari ini jam 9 pagi… Aku terus gelisah serta buntu mengenangkan kembali bahawa terdapat satu subjek pada hari terakhir peperiksaan yang tak dapat aku laksanakan sepenuh kudrat kerna penangan kebuntuan yang melampau yang menjadikan subjek itu terlalu susah untukku… Hari ini segala kebuntuan kian pudar setelah aku mengambil keputusan peperiksaan semester lepas… Anda nak tahu apa aku dapat? Buntukanlah kepala anda meneka keputusan aku dan yang pasti aku dapat 3.00 pointer ke atas… Alhamdulillah syukur…

Persaingan antara banyak kebuntuan dalam kepala memaksa aku supaya berehat, namun ia gagal kerana masalah sering menimpa aku… kebuntuan berikutnya datang kepada aku sewaktu hendak menyusun jadual bagi semester berikutnya.. Argghhh malang sungguh macam mana boleh clash jadual ni… Walaupun semester pendek yang berjumlah 9 jam kredit, namun ia masih tetap tak boleh diambil serentak… Buntu memikirkan penyelesaian, lalu aku membiarkan saja takdir menentukannya apabila aku kembali ke kolej esok pagi…

Teringat pula aku pada kelajuan internet di kolej yang semestinya lembab tahap siput berjalan, namun aku dapat rasakan ia lebih laju dari Cilakecom BerokBand yang digunakan oleh AzmanIshak dan Menteil.. Itu adalah fakta dan bukan auta.. Aku rasa mesti kedua² mereka buntu dalam mencari penyelesaian bagaimana hendak menggunakan streamyx yang sememangnya mereka tak dapat gunakan pada masa sekarang… Oleh kerana lagi dua semester aku akan habis dari mentelaah di sini, lalu aku bertekad hendak mencari rumah sewa di sekitar Kajang dan aku berkeputusan hendak tinggal bersama kawan sekelasku.. Tapi aku buntu sama ada dia mahu ke berkongsi wang untuk menyewa perkhidmatan streamyx di sana nanti? Aku biarkan saja dahulu kerna masih banyak benda yang aku buntukan sekarang…

4. Buntu dan Wang Ringgit

money

Siapa kata mereka mampu hidup tanpa wang? Aku tak mampu macam tu.. Tapi tak tahulah anda bagaimana… Wang amat membuatkan aku buntu dalam jangka masa hidup selama 18 tahun ini… Entah mengapa walau sebanyak mana pun wang yang terkumpul, masih tidak mencukupi untuk aku hilangkan kebuntuan dalam diri..

Aku masih tidak ada lesen kereta… Ya, itu fakta okey.. Jangan gelakkan aku yang buntu… Semuanya kerana wang juga.. Apakan daya, terima saja hakikat Pak JPJ kedekut nak bagi lesen… Kemudian wang juga menjadi punca bercelarunya aku dek telefon bimbit yang kian kehausan baterinya… Bila cas sekejap penuh, bila gayut sekejap, kong… Siapakah yang aku boleh salahkan dalam memerangi kebuntuan ini? Anda mesti tak mahu bertanggungjawab kan walaupun selamba gayut dengan aku… Tak apa, aku redha…

Dalam kemerosotan dan kebuntuan ekonomi ini juga, aku bertekad mengumpul wang untuk mencukupkan bajet supaya dapatlah aku terbang ke Sarawak untuk berhari raya bersama keluarga si dia yang tercinta… Namun aku buntu kerana sumber kewangan yang diperolehi untuk menunaikan hasrat tersebut kian menghilang… Terpaksalah aku memotong wang belanja setiap minggu untuk memecahkan kebuntuan ini… Minggu ke minggu, bulan ke bulan, anda rasa dapatkah aku mencapai matlamat? Kalaulah Air Asia mahu support tak apa juga kan.. Jadi buntulah aku seketika menunggu hasilnya…

5. Buntu dan Khai

just-khai

Tahukah anda Khai akan bekerja di Shah Alam tak lama lagi? Tadi dia ada bertanyakan pada sesiapa yang tahu rumah sewa di sana melalui Twitter… Aku menawarkan diri untuk membantu dia mencari jika aku menjejakkan kaki di sana… Ia adalah kebuntuan aku yang terakhir hari ini.. Akan aku cuba berusaha membantu rakan yang memerlukan.. Moga Allah dapat membantu aku dan Khai menyelesaikan kebuntuan kami…

Sekian sahaja coretan aku mengenai kebuntuan.. Mesti penat anda membacanya kan? Di bawah aku ada sediakan saguhati kepada JRY… Entri ini aku didedikasikan kepada JRY sempena menyambut hari jadinya… Salam…

Boonto


Categories: Contest, Information, Website
Kraetiv.Net
Ntahla Blog Kita
Live Blogging
Catcheye

  1. April 3rd, 2009 at 01:09 | #1

    semangat gile buat contest… keh keh keh.. punye la
    panjang lebar…
    aku nak coment pon buntu~ miahaha…

    pening pon ade..

    ape ape pon.. boys n girls…
    dont drink n drive. :vangry:

    Azman Ishak’s last blog post..Cabaran sudah bermula

    [Reply]

    menteil Reply:

    haha… semangat nak menang beb..
    member tengah buntu ngan wang ringgit..

    menteil’s last blog post..Menteil Apakah?

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    @man: entah la aku main tulis aje.. tak taw pk ape.. waktu tulis kepala da melayang da, buntu… hehehe :roll:

    @menteil: ko kan kaya, meh sket tulung aku setelkan pale yg srabut n buntuh neh… :?:

    [Reply]

  2. April 3rd, 2009 at 01:10 | #2

    masuk contest buntu erk?
    15 nih kan tamat?
    aku nak masuk gak ler..
    hahaha..
    nak wat last minit..

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    hoho ko ngan chokilala sama aje.. last minit.. entah la.. aku harap aku menang… leh dpt rm50 wat lanje nak g sarawak… :roll:

    [Reply]

  3. April 3rd, 2009 at 01:21 | #3

    muahaha.. ingat nk join juga contest buntu ni tp aku betul2 buntu utk menyertainya. kui3 :!:

    aku juga buntu nak komen apa memandangkan entri buntu ni pjg sangat. huhu.. apa2 pun, smoga bro tersenarai antara pemenang contest buntu ni :wink:

    azizwan(dot)com’s last blog post..Keputusan Contest Teka Nilai Duit

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    insyaAllah wan.. doa2kan la ek.. aku pun makin buntu dan terus buntu sape akan menang neh… aku tak mampu wat video mcm ada sorg contestor tuh, sbb aku bukanla pandai edit.. hehee… :cry:

    [Reply]

  4. April 3rd, 2009 at 01:30 | #4

    tulunnn…
    tulunnn…

    ak buntu da…

    tambah seorang lagi pencabar untuk test buntu nih..

    huhuk…

    zelo55’s last blog post..Antara Aku Dan Ustaz.

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    takpe zelo itu adalah satu persaingan yang sihat… hehehe… :razz: Ya Allah berilah hambamu ini kemenangan dalam contest ni, kemenangan dunia, kemenangan akhirat.. amin… :sad:

    [Reply]

  5. April 3rd, 2009 at 01:54 | #5

    banyaknya kebuntuan ko. sampai aku pun naik buntu nak komen apa. haha :roll:

    memang aku buntu sangat2 ni nak carik idea untuk contest ni :vangry:

    chokilala’s last blog post..Cara-cara nak cover malu bila terjatuh

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    cik izah aku sarankan sebab ko dah buntu, so takyah pening2 pk nak buat contest ni.. so ada la lebih peluang aku menang.. hehehe… :razz:

    [Reply]

  6. April 3rd, 2009 at 02:47 | #6

    wow hebat2!dah join eyh :up:
    i ni buntu lg nk join.idea tarak.
    bye2 jelaa kt contest ni nmpknye!
    btw gudluck ye,blh laa tmbh duit nk g sarawak :razz:

    anna’s last blog post..Award 005 ; Mr.Shari

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    ala takkan u takde idea… u kan banyak berpikir n rajen mengarut n mengarang.. hehehe.. join aje.. hehhee :razz:

    [Reply]

  7. April 3rd, 2009 at 09:02 | #7

    salam…
    ekk…ni contest ke?…aku nak join gak….bagi link mana sumber contest ni….ehehe :lol:
    p/s: kalau ko jd datang beraya kat sarawak nanti, jgn lupa datang beraya umah aku skali k….ehehe….kan nak sangat aku reveal muka….hehe
    p/s lagi: umur ko brapa rrr?
    last but not least, cayo2 & gambatte kudasai dlm selesaikan segala kebuntuan ko…

    ~Jangan biarkan hidup anda diselubungi kebuntuan~ :grin:

    HuRuL_AiNi’s last blog post..Hari ini dalam sejarah

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    hohoho.. ye ni contest cik hurul aini.. hehehe… link dia ni:
    http://blog.boonto.net/2009/03/contest-di-blog-boonto.html

    umah ko kat sarawak gak ke? katne? hehehe.. ala reveal aje la muka tuh, mukan mahal pon untuk tontonan umum.. hehehe… umo aku kan aku da ckp kat segmen “tentang aku”… thanx 4 the wishes… argghhh buntu…! hehehe :smile:

    [Reply]

    HuRuL_AiNi Reply:

    Kuching….kalau ko betul2 datang nanti britau okie…nanti aku bawa pg lawatan sambil belajar…ehehe…tp dgn izin awek ko la….hahaha…

    HuRuL_AiNi’s last blog post..Antara Dua Cinta

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    aku kompom dtg raya ni.. cuma $ aje yg jadi masalah.. ko support serat dua amacam? hehehee…

    [Reply]

  8. April 3rd, 2009 at 09:35 | #8

    buntu aku nak baca.. jgn wisau.. smpai penamat aku da baca.. mauahahah.. besar harapan nih.. kekeke..

    Fizz’s last blog post..Buntu

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    memang beso pon fizz… dengan harapan bertambah duit kocek nak menunaikan hasrat untuk beraya di sarawak.. :razz:

    [Reply]

  9. April 3rd, 2009 at 10:26 | #9

    w0w..hidup penuh kebuntuan!!! oh! artis! eh salah… oh! cun! eh salah…:p…OH! TIDAK!!!!!!!!!moga menang kontes si JRY tu ek…epi besday JRY!!!!

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    eh2 byk lak oh dia… oh makcik takde ke? miahahaha… thanx 4 the wish… kalo menang leh kamek g sarawak jumpa kitak!.. :suka:

    [Reply]

    HuRuL_AiNi Reply:

    eksen mok klaka bahsa swk eh…ingga nyawa mek dengar…ekeke

    HuRuL_AiNi’s last blog post..Antara Dua Cinta

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    amboi2… kitak kakar sawak tok.. huhu… nanti kamek panggel ally kamek ya.. :?:

    [Reply]

  10. April 3rd, 2009 at 12:26 | #10

    Hoho .. akhirna ko join gak kontest buntu tu
    aku juga dah join …

    ko dah baca Tarian Buntu aku? …miahahahahaha

    Segmen Terjah!: Tarian Buntu bakal menggantikan Tarian shuffle?
    http://www.hydir.com/?p=22

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    hohoho… klakar aku nengok tarian buntu tu bro… good luck.. hehehe…

    [Reply]

  11. April 3rd, 2009 at 13:40 | #11

    hek3x… akhirnya ko join.. sori bro lambar respon.. sibuk dgn tugasan. blog aku pun jarang hudpate huh..

    tentang entri ni. siyesly menarik. persaingan betul2 bertambah sengit. lagipun meriah plak contest ni. aku x sangka lebih 20 dah.hehe.. mungkin aku perlu tambah jumlah hadiah.insyaallah:)… banyak gak kebuntuan ko ne.haha.tp xpa, smua ikut theme buntu.mudah-mudahn entri ko dpt menarik hati juri. spt yg aku ckap sblm ne, x bleh bagi komen panjng2 entri korang. manalah tau ko menang.. xbnyak idea aku nnt nak komen dlm entry pemenang.hehe

    apapun, tengs bro. gudluck to you.. nnt aku masukkan link blog ko ok:)

    JRY’s last blog post..UPDATE: Contest di blog.boonto.net

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    ok takpe aku paham.. business man kan.. hehee :razz: memang sengit.. aku riso aku tak menang.. byk rahsia dah terbuka kat atas tuh.. hehee :roll: aku pon rasa ko kene tambah hadiah.. yg 1st tu ko letak rm100 + ram… kedua rm50 +ram… cewah.. byk la aku nya idea kan.. hehehe :grin: kawan2 semua doakanlah supaya aku menang contest ek.. ko pon selambe aje bg aku menang k JRY.. kite kan kawan.. hehehe… anyway happy coming befday.. may Allah bless u… :sad:

    [Reply]

  12. April 3rd, 2009 at 15:26 | #12

    dalam kebuntuan… panjanggggggggggggg entri ni ;p

    Luffy’s last blog post..KENAPA AKU BUAT BLOG?

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    memang panjang sebab semuanya bukan rekaan dan ia terus keluar dari hati yg memikirkan kebuntuan yang melanda… :cry:

    [Reply]

  13. April 3rd, 2009 at 17:06 | #13

    buntu pada nilai jawapan…………
    :mrgreen:

    nazra’s last blog post..Siapa rasa dia terror menjawab soalan, cepat!

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    nilai jawapan? apakah? :mad:

    [Reply]

  14. April 3rd, 2009 at 17:59 | #14

    uweeekk…rasa loya nk nengok kebuntuan di blog ni…
    entri contest ye…harap2 menang, belikan kak jie adiah gelang mas ye… :mrgreen:

    Kujie’s last blog post..Seksi RM 30

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    ades leh loya lak kak jie neh.. jeles la tuh.. hehehe :smile:
    thanx kak jie sebab doakan gitu. amin… :cool:

    [Reply]

  15. April 3rd, 2009 at 19:03 | #15

    harap2 xmenang, hek3…

    :up:

    minta2 aku menang

    :shock:

    Marzuki’s last blog post..Aku Tensen!

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    arghh mung ni jeles manjang… mung dop leh menang juki… :hampeh:

    [Reply]

  16. April 3rd, 2009 at 19:14 | #16

    aku pun buntu nak komen apa kat sini
    byk sgt perkataan buntu dlm entry ni
    gud luck :up:

    KhairiL’s’s last blog post..Merokok Baik Untuk Kesihatan

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    huhu.. memang banyak… sampai nak link satu2 cukup lama nak amek masa… :roll:

    [Reply]

    KhairiL's Reply:

    lagi 1 nk tny
    mcm mn nak buat pic yg last tu
    guna text doc

    KhairiL’s’s last blog post..Yang Baru Diingati Yang Lama Jangan Di Lupai

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    huhu.. yg last tu adalah satu soft yang masih belom aku lepaskan.. nantikan posting aku ye… namanya Ascgen :razz:

    [Reply]

  17. April 4th, 2009 at 01:00 | #17

    semoga bro menang lagi untuk contest ni

    dah la contest kat azizwan.com menang
    gggrrr
    jeles2*

    loq’s last blog post..Ayah oh Ayah!

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    yg kat contest wan tu aku menang smuanya ditakdirkan.. jawapan hampir tepat dan penggunaan web yang generate no tu berpihak.. hehee.. aku harap dpt menang la sgt2.. tengah mengumpul wang neh.. :???:

    [Reply]

  18. April 4th, 2009 at 08:21 | #18

    go! go! kill-vearn.. yeah!
    walaupun aku pesaingmu tapi aku tetap menyokong mu.
    hehe. :grin:

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    thanx 4 supporting :cool:

    [Reply]

  19. April 4th, 2009 at 13:57 | #19

    aku juga buntu bila pikir nak komen apa..hahaha :lol:

    wan’s last blog post..Perdana Menteri Malaysia ke-6 …

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    huhuhu… takpe.. da komen pon..

    [Reply]

  20. Zik
    April 4th, 2009 at 14:00 | #20

    wei hang belajaq kat kliuc eh?

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    takde la.. tu aku saje je buh.. suka lak aku dengar lagu kliuc kat radio.. hahaha…

    [Reply]

  21. April 4th, 2009 at 18:38 | #21

    :suka: m0ga ALLAH meringankan kebuntuan yang saudara KILL-VEARN hadapi…amiiin….

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    amin… thanx

    [Reply]

  22. April 4th, 2009 at 23:52 | #22

    amende duh entry buntu ni buntut???

    hahaha ko sogok aku rumah bungalow sebijik pun aku taknak kawen. aku nak akemal jeeee. wink wink.

    hihihi. ko jeles an. bek ko cakap mane nak dapat domain RM35. bapak best. jgn la curi name aku. sedih uh dga. isk.

    doraemon kan comel cam aku. apesal la ko ni pelupa sangat.

    aku da add name ko. so? kihkih.
    selamat bertag!

    =D

    sickchild72’s last blog post..birthday wishlist.

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    namo aku wat tag.. hahaha.. kali kedua aku menolak.. tgk la aku rajen aku wat eh.. bz lani.. domain tu ko leh g usha mana2 web hosting, pastu beli aje.. kalo tak reti tanya juki, dia lebih taw.. lagipon ko rapat n pecaya kat dia kan…

    [Reply]

  23. April 5th, 2009 at 03:40 | #23

    huh. habis habisan ko bantai membuntukan post nih. haha.
    kalau dalam english camne la aku nak post pasal buntu2 tu

    ariff’s last blog post..AirAsia Direct Debit System – FAILED

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    entah.. dlm BI ko leh wat kot, tapi kalo bg aku dlm BI, kompom ayat tunggang langgang.. miahahaa…

    [Reply]

  24. April 5th, 2009 at 14:21 | #24

    buntunye penaut membace entry aksi buntu melampau ni… :roll:
    mengikut buku tatacara kebuntuan,
    bro mengalami kebuntuan tahap melampau di mana tahap level paling tertinggi dalam sejarah kekeluargaan kebuntuan..
    untuk mengelakkan kebuntuan ini membontotkan..ops, silap… :razz: ..kebuntuan ini membuntukan fikiran bro, eloklah kirenya bro berjumpa ngan Dr bUNtu dengan kadar segera..jangan buntu2 lagi… :???: ..satu lagi..bro buntu ke dengan tshirt hadiah azizwan..kalau buntu..kasi je hadiah itu kat peanut..nescaya kebuntuan bro akan hilang..hehehhehe…. :grin:
    peanut mahu study lah..untuk menambahkan kebuntuan peanut..kalau menang contest boontu tu…share lah dua ye…hahhaha :halo:

    cik peanut’s last blog post..Kuar Pergi Jitra pun dapat Award

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    erk.. mana leh kasi baju tuh sonang2.. buntu pon buntu gak, tapi takleh nak bg.. miahahahaa…. :razz:

    [Reply]

  25. April 5th, 2009 at 18:46 | #25

    apakah….

    berapa banyak guna perkataan buntu ni?maaf aku tak mampu membacanya sampai habis :p

    twenty-six’s last blog post..Kenapa aku tak tinggalkan komen di Blogspot?

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    hahaha bro takkan ngaku kalah sebelum bertarung dalam medan esei.. hehehee… baca la sampai abes penat aku wat.. hehee :cry:

    [Reply]

  26. n4s
    April 8th, 2009 at 20:53 | #26

    bile nama pemenang akan diumumkan?? tak sabo neh!

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    entahla cik nas… kene tunggu boonto bg taw… :roll:

    [Reply]

  27. April 9th, 2009 at 17:17 | #27

    giler ah! panjang benar entri ko..
    abihlah aku xleh nak cantas ko nanti (tu pun kalau dan menaip entri)

    good luck bro! :razz:

    aidilx’s last blog post..Aidilx.com: Kini Sahabat Fivio

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    hoho… aku nak menang gak.. bukan senang nak dpt rm50… :cry:

    [Reply]

  1. No trackbacks yet.