How To Create Windows 7 All in One DVD?
![]()

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimanakah DVD Windows 7 AIO (All in One) boleh terhasil bukan? Dari gambar di atas, ia menunjukkan bahawa dalam satu DVD mempunyai sembilan pilihan yang boleh anda tentukan sewaktu anda hendak memasang Windows 7 pada komputer anda. Di sini aku akan memberi tutorial bagaimana ia dilakukan. Terdapat beberapa langkah mudah untuk menghasilkan DVD tersebut.
Setiap penghasilan pasti memerlukan bahan-bahan supaya objektif yang hendak dicapai akan terlaksana. Di sini anda perlukan bahan-bahan berikut:
- Fail ISO/DVD Windows 7 Ultimate versi 32 bit (x86)
- Fail ISO/DVD Windows 7 Ultimate versi 64 bit (x64)
- Windows Automated Installation Kit.iso (WAIK) untuk Windows 7 | muat turun
- DVD Kosong (4.7GB)
Langkah-langkah penghasilan DVD adalah seperti berikut:
1. Cipta satu folder baru pada Local Disk (D:) anda dan namakannya sebagai AIO
2. Di dalam folder AIO, cipta dua lagi folder dan namakannya sebagai DVD dan WIM

3. Ekstrakkan semua fail dari dalam ISO/DVD Windows 7 Ultimate versi 32 bit (x86) ke dalam folder DVD menggunakan perisian WinRAR atau 7 Zip

4. Pergi ke direktori D:\AIO\DVD\sources, cari fail yang bernama ei.cfg dan padamkan ia serta merta untuk membuka semua versi Windows 7.

5. Ekstrakkan fail install.wim (dalam folder sources) dari ISO/DVD Windows 7 Ultimate versi 64 bit (x64) ke dalam folder WIM yang telah anda cipta tadi dan namakannya seperti rajah di bawah.

6. Install Windows Automated Installation Kit (WAIK) ke dalam komputer dan buka aplikasi Deployment Tool Command Promt.

7. Untuk mencantumkan fail Windows_7×64_ULT.wim dengan install.wim (x86) pada direktori D:\AIO\DVD\sources, anda perlu menggunakan command di bawah.
Contoh:
Imagex /export <path_of_source_wim_file> <index_no><path_of_destination_wim_file> <description_of_edition>
Untuk Windows 7 Home Basic x64:
Imagex /export “D:\AIO\WIM\Windows_7×64_ULT.wim” 1 “D:\AIO\DVD\sources\install.wim” “Windows 7 HOME BASIC (x64)”Untuk Windows 7 Home Premium x64:
Imagex /export “D:\AIO\WIM\Windows_7×64_ULT.wim” 2 “D:\AIO\DVD\sources\install.wim” “Windows 7 HOME PREMIUM (x64)”
Untuk Windows 7 Professional x64:
Imagex /export “D:\AIO\WIM\Windows_7×64_ULT.wim” 3 “D:\AIO\DVD\sources\install.wim” “Windows 7 PROFESSIONAL (x64)”Untuk Windows 7 Ultimate x64:
Imagex /export “D:\AIO\WIM\Windows_7×64_ULT.wim” 4 “D:\AIO\DVD\sources\install.wim” “Windows 7 ULTIMATE (x64)”Rujuk kod Index Nos untuk fail Wim yang berlainan: pautan

8. Setelah selesai menyatukan kedua-dua fail Wim dari 64 bit ke 32 bit, kini folder DVD anda telah tersedia. Sekarang anda hanya perlu mencipta fail ISO dari folder DVD tersebut. Caranya adalah dengan menggunakan Deployment Tool Command Promt sekali lagi dengan menaipkan command seperti di bawah.
Contoh:
oscdimg.exe –l<Disc_Label> -t<MM/DD/YYYY:HH:MM> -m -u2 –b<path_of_bootable_img_file> <path_of_installation_source> <path_with_filename_is_to_be_created>
Sebenar:
oscdimg.exe -lWindows7_Retail_AIO_by_Killvearn -t10/30/2009 -m -u2 -bD:\AIO\DVD\boot\etfsboot.com D:\AIO\DVD D:\AIO\WiNDOWS7_AIO.ISO
Tips: Anda boleh mengubah Disk Label sepanjang 32 patah perkataan sahaja tanpa selang ( gunakan underscore _ )

9. Nantikan proses menyiapkan fail ISO sehingga selesai. Kemudian burn fail ISO tersebut menggunakan Nero atau ImgBurn. Hasilnya seperti rajah di bawah.



10. Periksa DVD yang telah siap diburn di dalam komputer dan jangan lupa cuba fungsi bootablenya dengan merestart komputer anda.


Sekian sahaja tutorial aku kali ini. Jangan tanya aku di mana hendak dapatkan kedua-dua DVD Windows 7, anda boleh Google sendiri. Versi Windows 7 DVD yang dicipta aku ini adalah versi Retail dan ianya memerlukan serial key untuk mengaktifkannya. Namun segalanya mungkin bagi aku untuk mengaktifkannya (ayat jahat kepada Bill Gates).
Notakaki:
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan versi All in One seperti di atas, sila hubungi aku selagi stok masih ada. Sebarang persoalan sila tanya di ruangan komen!












kena hati ni bila jalankan praktikalnya ni…kalau x, blh terbakar pc/laptop ni..haha..haha..
seram je baca tutorial ni…perlu perhatian yg lebih serius.
tahniah kpd killvearn…anak buah kpd billgates..haha..
“killvearn sudah mula menunjukkan taringnya…”
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 10:51 AM
ape lak tetiba anak buah dia.. kalo anak buah dia, dah lama aku hidup kaya tanpa perlu letak ads kat blog hahaha.. tuto ni takkan menyebabkan pc ko terbakar la.. hehe..
[Reply]
wahahaha rumit giler..baik aku mintak jer yg dah siap ko wat..
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 10:52 AM
mmg rumit bagi yang lihat dan tak pernah cuba.. tapi pas ko cuba kan, amat sonok.. then nak try buat agi pon ada..
[Reply]
kalo nk wat image iso gune alcohol 120% pun takpe kan?
[Reply]
Piratz Reply:
November 2nd, 2009 at 10:03 AM
kalau ko yakin die boleh boot…
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 10:52 AM
kalo leh guna alcohol dah lama aku wat.. masalahnya takleh beb.. taknak try? hehehe..
[Reply]
pening aku tngok cara nk wat.. huuu~ nak kene mood baeek dulu baru leh fokus kalau nk wat sniri nnt..
mana ko tau mende ni smua erk? hahaha..
kalau aku nk satu, yg skrg ni camne? upgrade jee boleh kan? hihi..
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 10:54 AM
yep betul3.. mood kene baik dulu, pastu baru leh fokus.. kalo tak ada aje step yg tertinggal.. tapi sonok buat ni fizz.. seolah2 ko berjaya cipta something new bila ko berjaya setelkan smua.. aku taw dari google.. kalo ko nak ‘contact’ la..
[Reply]
aku malas nak buat… haha… bape ko jual… aku tau stok sentiasa ada… kekekeke
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 10:56 AM
sifat mls harus dibuang.. bape aku jual? segala urusan melalui email ye, harap maklong, sila contact.
[Reply]
kv..
yg ko torrent ari 2 ade smua ni ke??
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 10:57 AM
aku torrent orginal msdn retail untuk 32bit n 64bit ultimate.. then aku build yg atas ni punya.. dari jumlah 5GB++ aku leh masukkan semua jadi 4GB, muat satu dvd..
[Reply]
Mus Reply:
November 10th, 2009 at 8:49 AM
memang handal Kill-Vearn ni..
[Reply]
bes2..
stakat tau je bole la dl..
nk wat kene tgu fre time..huhu
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 10:58 AM
erm carilah masa dan carilah bahan2nya..
[Reply]
Mengujakan lagi =)
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 10:58 AM
wooottttt! bak kata khai.. hahha
[Reply]
Thanks bro sebab tunjuk link web tu kat aku… orang tue ajar tak betul..
banyak skip.. siot jerk…
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 10:58 AM
mcm ne progress? dah leh wat ke? hope takde masalah..
[Reply]
Aku dah tau buat yg AIO…tapi mostly bila format komputer orang aku masuk ultimate terus la…cam tak best je install version lain…
DVD? aku tak guna dvd dah…boh dalam pendrive pastu masuk sekali software2 penting…senang…leceh nk guna dvd
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 10:59 AM
owh kira ko dah siap tweak la ni eh? nanti leh aja aku cara2nya, senang sket aku nak format lappy..
[Reply]
annamir Reply:
November 12th, 2009 at 11:30 AM
Uh, saya jugak yg tak jadi2 lagi nak wat boot kot usb ni,
file iso win7oem saya ada problems! nak torent lain intrnet pulak tgh dok prblem la ni
[Reply]
senang cite..siapkan dvd utk aku bro..di jamin cash punye!
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 7:48 PM
mlm ni baru balik umah sewa nak bikin dvd.. hehe
[Reply]
hahah!!
mmg pon cam anak buah bill gates pown…
terrer btol kaw ngan bende2 nih…
wa respect lu macha….
hehehe
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 7:48 PM
weh meor, ko ni memandai aje.. nak beli ke idak.. hehehe..
[Reply]
erk… pening.
Laptop aku yang spec kureng mantap ni hanya mampu melihat sahaja orang lain berpusu-pusu tukar Windows 7.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 7:49 PM
ape lagi, upgrade la beli lappy baru.. abes cite.. takpon beli pc, leh modified bebila..
[Reply]
ooo cmni yer nk wat all in one
huhuhu tunggu line clear ..aku nak try gak la wat cmni
ape2 pun macih bro di atas tutorial ni
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 7:50 PM
sama2.. moga ia membantu ko untuk mencipta iso tuh.. good luck.. hehe..
[Reply]
whoa, respect bro.
dah siap compile sume version yang ada.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 7:51 PM
ni semua atas keinginan belajar yang tinggi.. jeles tgk org puteh tau buat, tapi aku tak taw, so alhamdulillah jadi..
[Reply]
Owh .. Mcm rumit jeh .
Baik bli je yg dh siap ..
Stok ad lg X .?
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 7:51 PM
stok sentiasa ada bro.. come2 contact me..
[Reply]
phew…what a splendid tutorial man…hehe
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 2nd, 2009 at 7:52 PM
mmg pecah otak nak buat tuto ni, tapi kesabaran telah mengatasi segalanya.. lega aku..
[Reply]
dasyat tu…memang mencabar kewibawaan aku..
Kalo x menjadik post la kat aku…
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 3rd, 2009 at 4:51 PM
hoho ko try la dulu mana taw jadi.. kalo tak jadi order la beb.. hehee
[Reply]
bro, nak order satu
[Reply]
Woha! nice tuts bro. Biol jap pala otak aku tadi baca satu2.. tp x rajin lagi nak menerai..
P/s: ada member aku cakap microsoft malaysia tengah giat mencari penjual se7en ni di blog n kedai2 x rasmi (benda baru release la katakan). hati2 okey. Aku x kaya nak jamin ko.. hehehe..
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 3rd, 2009 at 6:39 PM
hoho.. takkan biol kot tuto dah cantik da.. hehe.. kalo aku jual or bg kwn2 pon kan atas ni versi retail (original) siap waktu install kene masuk serial key.. kalo takde serial dia bg 30 hari tempoh untuk aktifkannya.. takde bezanya dengan yang diberi oleh microsoft tuh.. bukan crack punya pon.. hehe..
[Reply]
wohu. tutorial yg sungguh pnjng. haha. btw nice la. mesti kene cube ni. tq bro =)
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 4th, 2009 at 5:19 PM
dah cuba gtaw aku mcm ne jadi or tak eh..
[Reply]
wah, mantap bro. nak kena mencuba jugak ni.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 4th, 2009 at 5:20 PM
dah ada ke retail dvd utk 32bit dan 64bit ultimate? kalo takde takleh wat le..
[Reply]
mohdisa Reply:
November 7th, 2009 at 6:49 AM
mana nak ada lagi ni, ades. bro, win7 aio yg aku beli dari ko tu dah tak activate ke? aku baru install ari tu, takda activation. please help me.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 7th, 2009 at 8:10 AM
prob setel dah kan
[Reply]
Seksa gak nak download WAIK tue.. 1.66 gb…
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
November 4th, 2009 at 5:21 PM
mmg beso fail dia beb.. aku mula2 pon terkejut.. WAIK aku simpan dlm dvd aje, menyemak aje letak dlm hdd, makan space.. hehe..
[Reply]
Oh..kena cari mangsa keadaan mcm ni..hehehe..sape ada desktop extra kasi pinjam kat aku..
[Reply]
shah.. aku nak satu. nak buat backup.
[Reply]
Uh, camana kalau saya tersilap masuk arahan time kat DTCPrompt tu?
Bukan silap apa, silap taip nama je, patutnya Windows 7 Professional, tapi saya terlupa buang HOME, so dia jadi Windows 7 HOME PROFFESIONAL huhuh… selamba je lah dia jalan, so camana nak recover balik yek? Ke saya ulang je step tu tapi dengan nama Professional yg betul ejaan dia je?
[Reply]
annamir Reply:
November 14th, 2009 at 8:58 PM
Done!
Saya replace shj arahan tu
[Reply]
salam Tuan,
Saya berminat sngt nak dptkan DVD windows 7 AIO ni.harap bleh hubungi saya di email atau sms sy di 012-7641937 dan saya akan kol semula.Saya akan bayar sebarang kos yang dikenakan oleh pihak Tuan.Mmg semangat nak berhijrah tgh meluap2 ni
Harap maklumbalas segera dari tuan.
Terima kasih.
[Reply]
bro, DVD da lg x.. Da lame teman tnggu broo. huhuh owh ya,, nk habak nie. erm,, nie leh update kn,, xkaco kn??
[Reply]
salam bro…nak order 1 cd….ASAP…nnti email ok….trimas bro…
[Reply]
bro,sory la psl aku nk tnye soklan yg xde kene mengena ngan win 7..
aku ader install vista aritu kt laptop,tp xleh crack la..kua trial 30 hari..dh gune mcm2 crack pon xleh gk..
aku dh gune ultime n home..tp,xleh gak..lebey dr 5 kali aku dh format..last2 aku msukkan xp je.r.
[Reply]
knp x leh nk cantum….huhu
[Reply]
@oh!dawie
aku biasa download dalam 2 je..software aio pun byk,semu jenis os pun ada…dah ada internet guna la semaksima mgkn,biar je pc 2 x ttp seminggu sbb nak dwld benda ni x meletup pun dia
ko cari aktivator or serial no dia…tp benda 2 sume byk dalam forum je la…pandai2 la cari forum mana
[Reply]
bro,, klu yang ade 23 in 1.. 2 cm ne yer.. nk tuka nama die la.. cm bro yer,, by killvearn kn,, so.. saya nk buat cm 2 la.. hope leh bntu.. bro???
[Reply]
salam,
nak tanya sikit pada kill or sapa2 yang bleh tlg kat sini…
aku dah ada dak dvd all in one ni…tapi x bleh boot dalam dos…
dengan lebih tepatnya bukan bootable dvd….
so…mcm mana aku nak jadikan dvd ni bootable dvd…
mintak tolong sedara2 semua tlg beri tunjuk ajar…
[Reply]
lptop biasa bleh pkai window 7 ultimate x?
x berat k?
[Reply]
salammmm tuan hamba….masih ada lagi dvd window 7 dr tuan hamba?
haba berminat untuk memelikinya.. nie email sy seri_pelangi_cula_sakti@yahoo.com
[Reply]
em tumpang lalu bradr2 sekalian. aku ada win7 ultimate x86. aku tgh dnld y WAIK tu. ok soalannya aku nak wat y version home premium, ultimate, pro and home basic yang x32 je. taknak combine ngan x64 bit.cam ne ek???some1…help plz……..
[Reply]
anak.pakcik nak tanye sikit pasai apa bila install win 7 . my computer jadi heng dan DVD rom tak berfungsi . nak wat ape pon tak buleh
[Reply]
Woooh!! Tokan DVD haram! Tangkap pok cik!! Wahahahha.. Btw Happy New Year! Jom tembak bunga api..
[Reply]
kawan.mcm mana kalu aku hanya nak yang 32 bit ja
xnak 64
[Reply]