Archive

Archive for the ‘Movies’ Category

Transformers II: 10 Questions Michael Bay Must Answer!

July 2nd, 2009 Kill-Vearn 32 comments

Ini entri ke-4 aku tentang Transformers II yang pastinya membuat pengunjung blog ini merasakan aku ni tak ada entri lain ke nak diposkan, ye tak? Namun tanggapan sebegitu adalah silap kerana aku akan membuat entri selain Transformers hanya selepas demam Transformers ini hilang daripada kepala aku… Sabar ye kawan²… Entri lain akan menyusul insyaAllah selepas entri ini…

Menurut tajuk kali ini, aku hendak bertanyakan 10 soalan tentang Transformers II yang aku jumpai sewaktu melayari internet kepada Michael Bay, pengarah filem ini… Persoalannya amat menarik untuk anda baca… Aku hanya copy dan paste sahaja di sini okey… Anda juga boleh jawabkan untuk pengarah filem ni taw…

Read more…

Categories: Information, Movies

Transformers II: Scene in Youtube

June 30th, 2009 Kill-Vearn 20 comments

Transformers II in Youtube

Hohoho… Minat aku yang tebal dalam menonton filem Transformers II: Revenge of The Fallen masih lagi tak berkesudahan setelah menontonnya kali kedua menerusi video yang dimuat turun dari web torrent The Pirate Bay… Walaupun kualiti video dan audio yang dilihat amat mengecewakan, namun rindu aku terhadap filem ini dapat diubati sikit… Ia adalah kerana aku tak mempunyai masa untuk menontonnya di pawagam kini…

Entri ringkas ini aku sengaja terbitkan hanya untuk berkongsi scene² yang menarik dalam filem ini yang sempat aku muat naik ke laman video terkenal dunia iaitu Youtube… Walaupun aku hanya memuat naik sedikit sahaja scene dari keseluruhan filem yang mengambil masa 2 jam lebih, aku harap anda akan terhibur dengan apa yang aku kongsikan ini…

Read more…

Categories: Movies, Video, Website

Transformers II – Original SoundTrack

June 27th, 2009 Kill-Vearn 24 comments

Transformers II Original SoundTrack

Termasuk hari ini, sudah 5 hari demam filem Transformers II: Revenge of the Fallen melanda Malaysia… Pada pendapat aku, ianya boleh dikatakan filem paling menarik tahun 2009 ini… Pada entri yang lepas, aku telah membuat satu review ringkas tentang filem ini dan ada yang mengatakan bahawa filem Transformers yang pertama adalah lebih baik dari yang kedua ini… Ianya terpulang pada pendapat masing² untuk menilainya…

Read more…

Categories: Movies, Music

Transformers: Revenge of the Fallen

June 24th, 2009 Kill-Vearn 44 comments

Assalamualaikum

The Fallen

Seharian ini aku keletihan kerana banyak berjalan serta bershopping sakan di sekitar Kuala Lumpur… Namun keletihan aku tidak sangat terasa kerana hati terlalu teruja dan terlalu asyik setelah menonton filem terbaru dari Michael Bay iaitu Transformers: Revenge of the Fallen… Bagi sesiapa yang masih belum menontonnya, aku sarankan anda pergi menempah tiket sekarang dan menontonnya… Anda tak akan rugi membayar harga tiket sebanyak RM10 untuk menyaksikannya, aku jamin…

Hari ini 24 Jun 2009 adalah tayangan perdana seluruh dunia bagi filem terhebat tahun ini… Walaupun aku sudah tahu semalam (23 Jun 2009), filem ini telah mula ditayangkan di Malaysia, namun aku tetap ingin menontonnya hari ini… Keseronokan ditambah apabila menonton filem hebat ini bersama kawan² kolej yang pastinya menghangatkan panggung wayang dengan telatah masing²…

Read more…

Categories: Movies, personal

Pirates of the Caribbean Trilogy

February 15th, 2009 Kill-Vearn 3 comments

Salam… Anda berminat nak tengok filem² lagi? Apa kata kita renung² kembali salah satu filem yang pernah menjadi topik hangat suatu ketika dahulu, iaitu filem Pirates of the Caribbean (POTC) yang terkenal dengan kisah triloginya yang hebat dan memukau setiap mata yang melayan filem itu…

potc1 potc2 potc3

Filem pertamanya bertajuk The Curse of the Black Pearl memaparkan kisah di mana sekumpulan lanun yang telah disumpah menjadi kerangka dan tidak akan mati kerna mereka telah mengambil syiling emas Aztec yang telah disumpah… Filem ini amat menarik sewaktu ia memaparkan sekumpulan kerangka sedang berjalan di dasar laut pada malam bulan purnama… Saksikannya:

Read more…

Categories: Movies