Archive

Archive for the ‘PC and Software’ Category

“Se7en Capture” Menarik & Memudahkan

January 13th, 2010 Kill-Vearn 11 comments

Terdapat pelbagai program untuk membuat ’screen shot’ pada komputer anda. Paling mudah adalah dengan menggunakan butang ‘Prt Scr’ yang telah tersedia pada keyboard PC dan anda boleh menekan butang ‘Ctrl + v’ pada Paint atau program foto yang lain misalnya Photoscape. Cara lain adalah dengan menggunakan perisian-perisian yang telah tersedia di segenap ruangan siber dan tunggu masa sahaja untuk anda muat turunnya. Salah satu dari perisian itu adalah 7 Capture yang telah dicipta oleh IBE Software dan ia sangat hebat pada pandangan aku.

Di bawah aku sediakan dua gambar untuk anda bandingkan perbezaan antara screen shot yang telah dilakukan menggunakan ‘Prt Scr’ dan 7 Capture:

Read more…

Categories: PC and Software

Selongkar Info PC Menggunakan SIW

January 12th, 2010 Kill-Vearn 8 comments

Informasi tentang PC ataupun komputer peribadi yang anda gunakan pasti terhad kerana hanya sesetengah orang sahaja mampu memeriksa apakah ‘biodata’ PC mereka dan apa informasi tentang Windows yang digunakan untuk PC tersebut. Tapi aku pasti tak semua orang mahu tahu dan tak semua orang kisah tentang informasi sebegini. Kepada kaki komputer, mereka pasti mahu tahu kesemua informasi sebegini.

Di sini aku perkenalkan pada anda semua satu perisian yang akan menyelongkar kesemua informasi PC anda. Nama perisian ini adalah SIW yang bermaksud ‘System Information for Windows’ dan ia dalam bentuk portable yakni tak perlu dipasangkan dalam PC anda.

Read more…

Categories: PC and Software

Camtasia Studio Memudahkan Rakaman PC

December 11th, 2009 Kill-Vearn 27 comments

Camtasia Studio adalah satu perisian yang amat berguna bagi sesiapa yang ingin membuat tutorial video kerana ia dapat merekod keseluruhan, sebahagian atau apa-apa jenis saiz video yang anda kehendaki mengikut citarasa dan keperluan anda. Selain itu ia juga mempunyai fungsi-fungsi lain yang dapat anda adaptasi dalam mengedit video tersebut.

Read more…

Categories: PC and Software

Virus Effect Remover

November 7th, 2009 Kill-Vearn 26 comments

Kebanyakan orang bingung apabila komputer mereka dijangkiti virus dan apabila telah berjaya memadam virus berkenaan dari sistem, kesan virus tersebut masih lagi kelihatan. Bagaimana menyelesaikannya? Aku ada mengoogle beberapa hari lalu dan kini aku jumpa penyelesaiannya. Tapi tak tahulah sama ada ia berkesan terhadap semua perubahan yang telah virus lakukan terhadap komputer anda.

Read more…

Categories: PC and Software

How To Create Windows 7 All in One DVD?

November 2nd, 2009 Kill-Vearn 68 comments

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimanakah DVD Windows 7 AIO (All in One) boleh terhasil bukan? Dari gambar di atas, ia menunjukkan bahawa dalam satu DVD mempunyai sembilan pilihan yang boleh anda tentukan sewaktu anda hendak memasang Windows 7 pada komputer anda. Di sini aku akan memberi tutorial bagaimana ia dilakukan. Terdapat beberapa langkah mudah untuk menghasilkan DVD tersebut.

Read more…

Categories: PC and Software, Tutorial