Archive

Archive for the ‘personal’ Category

Entri Terakhir Dari Pemilik Weblog

March 7th, 2010 Kill-Vearn 26 comments
Categories: Website, personal

Oh! Hosting Murah & Bermasalah

February 2nd, 2010 Kill-Vearn 32 comments

Salam… Hari ini aku terpanggil nak menyambung kritikan hebat yang pernah diluahkan oleh seorang blogger melayu dan juga rakan baik aku iaitu Encik Roslan Nazri dalam entri miliknya yang bertajuk Kenapa Hosting Murah Tak Patut Dibeli? Tajuk dia memang menghangatkan suasana tambahan hosting tersebut pernah dibeli oleh aku satu ketika dahulu pada bulan november 2009.

Bercakap tentang bulan november dan hosting, pasti sesiapa yang mengikuti blog ini mengetahui bahawa aku telah menghadiahkan sebuah domain dan hosting kepada tunang aku sempena hari lahirnya. Pada awal perkhidmatan hosting tersebut, semua urusan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah dihadapi oleh pemilik blog. Setelah beberapa lama, blog tersebut telah mendapat kunjungan dari rakan-rakan dan mula dikenali oleh google dan sekutunya. Pemilik blog sangat gembira mendapat hadiah sedemikian dan ia meluangkan lebih masa untuk blognya berbanding dengan aku.

Read more…

Categories: Website, personal

Apabila Killvearn.com Semakin Menyepi

January 8th, 2010 Kill-Vearn 18 comments

“Salam tahun baru 2010″… Aku rasa masih tak lambat untuk mengucapkannya. Lama aku menghilang tah kemana. Tapi yang mana terus berhubung dengan aku melalui email, telefon mahu pun berjumpa dengan aku, pasti tahu ke mana aku menyepi. Bulan November 2009 aku dapat membuat lima entri manakala Disember 2009 aku dapat membuat satu entri tentang software sahaja. Amat menurun pembabitan aku dalam dunia blogging kini apatah lagi dalam dunia siber yang makin ramai dilayari orang-orang baru.

Read more…

Categories: personal

Kronologi Kehidupan Kill-Vearn di Dunia Pekerjaan

November 27th, 2009 Kill-Vearn 20 comments

Makin lama makin jarang aku update blog ini berikutan perubahan yang ketara dalam kehidupan seharian aku. Ada pun aku update blog pasti seringkas-ringkas mungkin ataupun seperti tiada membawa apa-apa kelebihan kepada pembaca yang setia menanti blog ini diisi dengan informasi berguna. Maaf sahaja yang dapat aku sampaikan kerana kehidupan seorang pelajar yang terlalu banyak masa untuk diluangkan bersama rakan-rakan telah berubah sama sekali. Sesiapa yang mengikuti perkembangan aku pasti mengetahuinya.

Pada entri kali ni aku tak memberikan apa-apa tutorial atau pun sebarang perisian berguna kerana entri ini lebih kepada entri peribadi yang jarang aku taip. Umum mengetahui bahawa bermulanya dunia pekerjaan kepada seseorang individu itu, maka akan berubahlah serta merta kehidupan sehariannya, begitu juga aku. Jika dahulu aku boleh dikatakan hampir setiap hari online dan meluangkan masa bersama rakan-rakan di Twitter, Blog, Facebook mahupun Yahoo Messenger, namun sekarang semua itu tidak dapat dilakukan seperti dahulu.

Read more…

Categories: personal

Welcome Ladynass.com

November 1st, 2009 Kill-Vearn 68 comments

Agak jarang bagi aku membuat entri berunsurkan peribadi, namun hari ini 1 November 2009 aku ingin memperkenalkan pada dunia blogger bahawa satu lagi weblog telah mula bertapak menggunakan domain dan hosting sendiri dan semestinya menggunakan wordpress sebagai pelantarnya.

Ya, itulah blog Ladynass {dot} com, blog seorang wanita yang telah berjaya memikat hati aku. Sempena ulangtahun hari lahirnya ke 24 tahun yang juga jatuh pada hari ini, 1 November 2009, aku menghadiahkannya domain dan hosting sebagai hadiah pada tahun ini yang dibeli khas dari SepakuHosting. Lain-lain hadiah anda boleh lihat dalam weblognya ok.

Read more…

Categories: Website, personal