Archive
Oh! Hosting Murah & Bermasalah


Salam… Hari ini aku terpanggil nak menyambung kritikan hebat yang pernah diluahkan oleh seorang blogger melayu dan juga rakan baik aku iaitu Encik Roslan Nazri dalam entri miliknya yang bertajuk Kenapa Hosting Murah Tak Patut Dibeli? Tajuk dia memang menghangatkan suasana tambahan hosting tersebut pernah dibeli oleh aku satu ketika dahulu pada bulan november 2009.
Bercakap tentang bulan november dan hosting, pasti sesiapa yang mengikuti blog ini mengetahui bahawa aku telah menghadiahkan sebuah domain dan hosting kepada tunang aku sempena hari lahirnya. Pada awal perkhidmatan hosting tersebut, semua urusan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah dihadapi oleh pemilik blog. Setelah beberapa lama, blog tersebut telah mendapat kunjungan dari rakan-rakan dan mula dikenali oleh google dan sekutunya. Pemilik blog sangat gembira mendapat hadiah sedemikian dan ia meluangkan lebih masa untuk blognya berbanding dengan aku.
Welcome Ladynass.com
![]()

Agak jarang bagi aku membuat entri berunsurkan peribadi, namun hari ini 1 November 2009 aku ingin memperkenalkan pada dunia blogger bahawa satu lagi weblog telah mula bertapak menggunakan domain dan hosting sendiri dan semestinya menggunakan wordpress sebagai pelantarnya.
Ya, itulah blog Ladynass {dot} com, blog seorang wanita yang telah berjaya memikat hati aku. Sempena ulangtahun hari lahirnya ke 24 tahun yang juga jatuh pada hari ini, 1 November 2009, aku menghadiahkannya domain dan hosting sebagai hadiah pada tahun ini yang dibeli khas dari SepakuHosting. Lain-lain hadiah anda boleh lihat dalam weblognya ok.
Need Extra Money? Join Catcheye Now
![]()

Catcheye.com.my adalah salah sebuah syarikat pengiklanan baru yang ditubuhkan tahun ini. Ia mungkin bakal menyaingi syarikat pengiklanan seperti Nuffnang dan Advertlets. Anda masih belum sertai? Jom kita lihat serba sedikit tentang informasi yang diberikan oleh pihak Catcheye.
Oh! Islam Dilancarkan
![]()

Hari ini muncul satu lagi weblog yang dicipta oleh admin Oh! Media Network iaitu Khai. Dalam sibuk aku memerhatikan twitter yang kian ditelan dek awal pagi, tiba-tiba terlihat pula tweet yang bertag #ohislam lantas aku terus membuka link yang disediakan. Tahniah kepada admin dan para pembantu weblog tersebut kerana berniat baik sambil membuat amal dengan mencipta satu web untuk memberikan satu pendidikan atau perkongsian hal-hal agama kepada kami semua.







Recent Comments