Oh! Hosting Murah & Bermasalah


Salam… Hari ini aku terpanggil nak menyambung kritikan hebat yang pernah diluahkan oleh seorang blogger melayu dan juga rakan baik aku iaitu Encik Roslan Nazri dalam entri miliknya yang bertajuk Kenapa Hosting Murah Tak Patut Dibeli? Tajuk dia memang menghangatkan suasana tambahan hosting tersebut pernah dibeli oleh aku satu ketika dahulu pada bulan november 2009.
Bercakap tentang bulan november dan hosting, pasti sesiapa yang mengikuti blog ini mengetahui bahawa aku telah menghadiahkan sebuah domain dan hosting kepada tunang aku sempena hari lahirnya. Pada awal perkhidmatan hosting tersebut, semua urusan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah dihadapi oleh pemilik blog. Setelah beberapa lama, blog tersebut telah mendapat kunjungan dari rakan-rakan dan mula dikenali oleh google dan sekutunya. Pemilik blog sangat gembira mendapat hadiah sedemikian dan ia meluangkan lebih masa untuk blognya berbanding dengan aku.
Satu hari aku mendapat panggilan telefon dan ianya dari tunangku dan dia mengatakan blog down. Aku fikir ianya masalah biasa dalam penggunaan hosting dan cuba menenangkan dia dan memberikan satu jaminan bahawa ianya hanya sementara sahaja. Aku cuba telefon syarikat hosting tersebut namun panggilan tak berjawab. Kemudian aku cuba menghantar sms kepadanya dan mereka mengatakan akan cuba mengenal pasti masalah yang dihadapi. Beberapa lama kemudian blog dia dah kembali seperti sediakala dan berjalan lancar. Aku berasa lega dengan khidmat pelanggan yang diberikan walau telefon tak berjawab, mungkin tak mahu diganggu.
Beberapa hari kemudian kejadian yang sama berlaku dan aku dah mula rasa aneh dan bertanya sendiri “Mengapa hosting ni teruk sangat eh?”. Aku mendapatkan penjelasan dari syarikat hosting dan mereka kata tengah pindahkan server. Notis satu haram pun tak bagi then selamba saja nak pindahkan server tunang aku. Cek kat email pun memang tak ada. Beberapa hari lepas tu baru email sampai mengatakan proses pemindahan server. Aku dah mula sakit hati sebab terlalu lama sangat syarikat tu uruskan pemindahan, namun aku masih terus bersabar. Beberapa hari berlalu, blog dah kembali okey dan aku menarik nafas lega sekali lagi.
Namun kelegaan yang dihembuskan tidak bertahan lama, kali ni blog tunang aku kena suspended dan syarikat hosting kata kena serang dengan seseorang atau pun script yang digunakan oleh tunang aku pada blognya bermasalah dan menyebabkan server load terlalu tinggi. Aku tunggu penjelasan dan berikut adalah penjelasan yang depa bagi. [kredit kepada qiilans87.com untuk gambar berikut]


Pada pendapat anda sebagai penyewa hosting, patutkah jawapan sebegini diterima anda? Patutkah pihak hosting tak dapat mengstabilkan server mereka? Patutkah mereka memberi khidmat sebegini sedangkan tahu bahawa mereka tak pernah mampu untuk mengendalikan server? Adakah sewa yang murah dikenakan sekadar untuk mengaburi mata penyewa dengan memberi khidmat yang bagus pada awal perkhidmatan dan lepas tu melepaskan tangan? Apakah masalah plugin kat atas tu dengan server syarikat hosting ni sebab hosting lain tak terkena effect pun apabila menggunakan plugin tersebut?
Malas nak bersandiwara melayan alasan-alasan yang diberikan pihak hosting tersebut, aku dengan rasa senang hati meminta cousin aku menguruskan perpindahan blog tunang aku ke hosting yang aku gunakan sekarang yakni dari Onebytes.com dan kami sekarang berkongsi hosting namun domain berbeza. Harap dengan perpindahan ini ia akan menyenangkan hati tunang aku dan membolehkannya gembira menghabiskan masa terluangnya menerusi blog sewaktu aku sibuk bekerja. Aku juga harapkan hosting dari Onebytes yang telah aku sewa hampir setahun ini akan terus stabil hingga ke akhirnya. Mac ini aku akan sambung lagi perkhidmatan hosting yang sama, insyaAllah.
Notakaki:
Kepada syarikat hosting murah dan tak stabil berkenaan, aku rasa baik bungkus sahaja syarikat anda kerana perkhidmatan yang anda berikan amat mengecewakan ramai pelanggan anda. Kepada blogger di luar sana yang ingin mencari hosting untuk kegunaan peribadi, janganlah tertipu seperti yang telah aku alami.












teringat cgyhost
[Reply]
salam bro,
aku rasa dah ramai yang transfer / migrate hosting lepas ni (termasuk aku jgk la),memang masa mula-mula beli mantap je blog,selang 2 bulan dah mula wat hal,kene suspend la,ape la…kepada mereka yang masih tercari-cari hosting untuk blog kesayangan korang,aku nasihatkan pilihla yang betul-betul stabil serta mengikut bajet,dan jangan lupa buat survey,tanya rakan-rakan yang lain ..sebab hosting ni kita bayar dan nak guna lama
[Reply]
mmg xpatut tu bro.. Ichi skrg ni pakai plugin ape pn owner server xde lak bising. load dia pun superb laju.. hehe
[Reply]
Agaknya jika hosting ambil dari luar negara versus domestic nyer hosting ada beza tak..dari speed etc..
[Reply]
thank u for everything syg. dan terima kasih juga sebab sangat memahami. LOve You!
[Reply]
sepaku ke laut..huhu
[Reply]
Ada pulak tak bagi guna plugin2 tu sebab nak kurangkan load, wuwuwuuu
First experience aku nak beli dengan Sepaku ni, client area dia down. Tak lama pastu, website dia sekali down (takkan dia host website kat hosting sendiri kot? Ahaha). Pastu hantar emel kat support tak penah nye berbalas. Tak mungkin ku kembali lagi~~
DataKL FTW!
[Reply]
Redz One Reply:
March 3rd, 2010 at 8:08 AM
Mk knapa website hang x leh buka??
forum SK pun sama
ada masalah mcam kat atas tu gak ka???
[Reply]
Boleh ban plugin ya? Paling hebat bila blog/web kita down, client area hosting pun sama down. Memang tak mau kita report kot.
[Reply]
aku setia dgn Cubiex..
kt sepaku pn aku ada 1 akaun..
tp takde plak jadi mcm kes ni..
pelik gak.. hmmm.
[Reply]
nyaris2 nak pakai sepaku aritu, nasib baik khai buat offer fivio, terus rembat.
susah la kalu sume plugin x leh, macam beli rumah tapi x bleh decorate ngan perabot.
memang layak disepak.
[Reply]
masa aku mula-mula survey pasal hosting dulu aku memang tertarik gila dengan pakej sepaku. sebab harga dia murah. lagipun aku pikir aku blogging suka-suka je. trus beli tak pikir dah. memang baru-baru ni masalah dia sangat teruk sampai aku pun mengamuk. skang ni dah okey balik dah dan setakat ni takde problem lagi.
[Reply]
Aku setia dengan NetKL. Alhamdulillah, jarang ada masalah.
2-3 web aku guna hosting die orang.
[Reply]
Salam,
Yup betul tu…
rasa menyesal dan malu bila promote hosting bila ada problem macam nie…
website aku pun kejap on kejap off…
[Reply]
Sebelum ni aku tengok arga pakej diorang pun aku dah agak musykil.. Nasib baik la aku tau skit2 pasal hosting/domain ni.. So x der la main rembat jer yg murah.. Better cari yang reliable dari yg murah.. Org ramai ckp, “pay less, service less, pay more, service more..”
Btw aku dengan DataKL jer.. X penah lagi ada problem yg membuatkan jiwa membara.. Ekekeke..
[Reply]
Assalamualaikum,baru rancang nak beli sepakuhosting punya webhosting dah ada artikel mcm nie mcm x ok je
kalau boleh senarai kan hosting yang murah + stabil x?? maklumlah ayie nie masih pelajor
[Reply]
Salam. ni komen aku yg pertama kot kat blog ni. Salam kenal2 dulu. Aku sham. Aku kalau pilih hosting aku suka pilih yang aku agak yakin kompeni tu besar, ade eqiupments sendiri, dan ramai staff; nt kalau sorang staff sakit xde la blog/web aku sakit gak kalu pepehal.hehe.
Sebab tu aku guna shinjiru.com.my, mahal sikit tp dah masuk tahun kedua guna. takde masalah. support bagus. nak try embunweb.com pun bleh gak.
[Reply]
eh. lupa plak. aku terlupa nak masukkan blog aku td. masukkan yer… nt blehlah sape2 menyinggah kat blog aku. -jgn approve komen aku yg ni- kui3
[Reply]
nasib aku baik lagi stakat nie, daa 2 blog aku beli pakai hosting murah, tapi takde satu lagi penah hadapi masalah server down ke apa2.. haha.
[Reply]
ultra7 Reply:
March 1st, 2010 at 6:57 AM
pakai hosting mana tu pasca spm?
[Reply]
nada suara agak tinggi.siapa suruh tak bagi
perkhidmatan yang baik.
[Reply]
banyak blogger yang bro kenal menggunakan Sepaku Hosting.
Cam bro, bukan memilih pada harga.. tapi more kepada customer service & pengiraan down time die…
[Reply]
heh.. aku pki hosting free dr blogger (blogspot la tu) dan alhamdulillah, ok.. wahahahah…
free lg
cume x sebest WordPress self-hosted
[Reply]
aloha, seb baik aku tak angkut aritu. kalau tak aku pun kena suspended cam spender…huhu
[Reply]
PutraMalaya Reply:
February 15th, 2010 at 12:06 PM
nasib spender kau ada banyak lg en..hahaha
[Reply]
mohdisa Reply:
February 16th, 2010 at 5:51 AM
haha…tahu takpo…:P
[Reply]
hah, aku baru tau yang ladynass.com tu pakai hosting hang..hmm. sian2..
nak murah punya pasal, tu la jadinya
[Reply]
uis… gurung jugak nk bli hosting nih…
kna tgok btul2
[Reply]
biasalah. mana ada hosting yang tak ada masalah. sepaku, namsahaz, cgyhost, rawanaz, netkl dan lain-lain semua ada masalah dulu. So far, aku tengok akaun aku kat sepaku dah ok. Aku ada 2 akaun lagi tu. So far, semua dah ok. Memang hari tu down teruk gila. Tapi setakat ni, masih ok dan aku suka guna sepaku.
Tapi kalau nak tukar ke hosting lain. Takde masalah. Tukar aje. Itu hak korang. duit korang. Kalau ada yang bagi kita servis yang lebih baik, itu lagi bagus kan?
[Reply]
sokong bro titan. semua ada masa down. tapi syarikat yg satu ni agaknya memang tuan punya nye dah xnak layan customer kut. try tgk artikel bro nuaeman. memang teruk las ervis syarikat tu.
saya pon memang nak pindah hosting. cuma masih belum bkempatan
[Reply]
nak servis berkualiti dan reliable baik labur hosting mahal sikit.
mahal takpe janji baaeeek punye.
otherwise, jadi macam ni kan susah.
[Reply]
no komen ..aku dah kena.hehe
[Reply]