Inginkan pendapatan lebih? Sila lihat Catcheye.com.my untuk maklumat lanjut.
Home > personal > Apabila Killvearn.com Semakin Menyepi

Apabila Killvearn.com Semakin Menyepi

“Salam tahun baru 2010″… Aku rasa masih tak lambat untuk mengucapkannya. Lama aku menghilang tah kemana. Tapi yang mana terus berhubung dengan aku melalui email, telefon mahu pun berjumpa dengan aku, pasti tahu ke mana aku menyepi. Bulan November 2009 aku dapat membuat lima entri manakala Disember 2009 aku dapat membuat satu entri tentang software sahaja. Amat menurun pembabitan aku dalam dunia blogging kini apatah lagi dalam dunia siber yang makin ramai dilayari orang-orang baru.

Setiap yang hidup pasti akan mati, begitu juga dengan weblog killvearn.com yang hampir setahun berada di dunia siber dan saling berkawan dengan robot-robot google. Killvearn.com bakal dihentikan? Begitulah persoalan yang terbit di buah fikiran aku dalam beberapa minggu ini. Kalau nak kata sayang, memang tersangat sayang blog yang penat lelah aku usahakan selama ni ditamatkan servisnya begitu saja. Tapi kalau tak ditamatkan, takkan nak dibiarkan begitu sahaja tanpa diupdate? Baru 2 minggu aku tak login akaun, dah beratus spam masuk. Yelah tak ada orang nak monitor weblog ni, so spam suka datang.

Maaf kepada pengomen yang datang menaip bertanyakan soalan dengan susah payah di ruangan komen, namun tak dibalas oleh aku. Aku bukan tak nak balas, namun mood berblog aku kian pudar dari sehari ke sehari. Maaf juga kepada yang menghantar email kepada aku namun tak berbalas, aku sangat sibuk sekarang! Dunia aku tak berwarna-warni seperti pelangi lagi, apa yang aku dapat katakan adalah dunia aku semakin gelap, semakin kabur dan semakin hilang arah. Live blog pun dah jarang diupdate disebabkan tekanan perasaan melampau yang telah aku hadapi.

Walau sekuat mana dugaan yang datang, aku tak boleh mengaku kalah. Aku perlu teruskan kehidupan even pahit dan perit. Begitu juga weblog yang berdomain watak Dewa Mati (Kill-Vearn Shinigami) ini, tak boleh dimatikan begitu sahaja. Walau tak berupdate, insyaAllah aku akan cuba mencari masa dan ruang untuk memberi maklumat berguna di masa akan datang. Hosting dan domain blog ini akan tamat Mac 2010, jadi kalau aku sempat aku akan renew pakej hosting aku tu nanti. Mungkin juga aku akan minta cousin aku update blog ini supaya ia tidak senyap begitu saja.

Kepada kawan-kawan yang setia menanti blog aku diupdate, terima kasih atas sokongan anda. Kalau ada bahan nak dikongsi kepada aku, emailkan ye. Aku dah lama tak pegang komputer setiap hari seperti dulu. Kalau ada pun 2 minggu sekali dan itu pun sebab nak kena buat progress report untuk projek yang aku kendalikan. Oh ya lupa nak bagi tahu, aku lani berkawan 24/7 dengan orang-orang Indonesia saja dan aku rasa lama-kelamaan tutur kata aku semakin berubah ke bahasa mereka. Hohohoho… Akhir kata moga bertemu lagi di alam yang serba maya ini semestinya dari Killvearn.com…

Miss this moment…

Notakaki:

Hari ni aku dapat cek terakhir dari Nuffnang…


Categories: personal
Catcheye
Forum SK
Ntahla Blog Kita
Live Blogging
Kraetiv.Net

  1. January 8th, 2010 at 00:08 | #1

    jangan la berhenti. tulun laaa.. plizz… hohoh

    [Reply]

  2. January 8th, 2010 at 00:10 | #2

    Ala.. sedih aku baca post ko.. :(
    kalau aku dah wat self-host, ko jadi guest writer nak?

    [Reply]

  3. January 8th, 2010 at 00:12 | #3

    isk jgn lah berhenti camtu je.
    sayang tau,altho i takde nak comment2 sgt tp i ada je dtg baca entri u kat sini.
    tak payah update pun takpe,biar je.atleast blh jugak ceduk2 ilmu kat entri lama2.byk lagi tak terbaca :o
    just go on okeh!
    and wish your life will getting better :mrgreen:
    happy new year!

    [Reply]

  4. January 8th, 2010 at 00:14 | #4

    terharu aku membacanya…hehe…

    ayat-ayat blog skang ni bukan main lagi berbunga2..haha..

    ” Happy blogging 2010 “

    [Reply]

  5. January 8th, 2010 at 00:15 | #5

    kalau ko still sygkan blog ni, ko amik la skit ms dlm 2 3 ari utk update blog..huhu

    [Reply]

  6. January 8th, 2010 at 04:07 | #6

    yeah…akhirnya ada update!

    [Reply]

  7. January 8th, 2010 at 11:05 | #7

    ko bole..blog ni bes..hehe :shock:

    [Reply]

  8. January 8th, 2010 at 14:36 | #8

    malaysia boleh!! hoho, jangan rr emo camtue, tak macho.. update jer blog.. mantap laa tue…

    [Reply]

  9. January 8th, 2010 at 15:12 | #9

    huh?. xkan la nk stop. huhu. ala xde idea ke bz ke biar je la. lame2 ade mase bukk la blk post entri. xperlu la tutp. bnyk informasi sini bro. k?. hee =)

    [Reply]

  10. AmnishMan
    January 8th, 2010 at 22:10 | #10

    Nak tutup???..ko bagi le blog ni kat aku..nanti hosting aku renew. Blog ko dh top satu m’sia..lagi senang le aku buat keje.. :twisted:

    [Reply]

  11. January 9th, 2010 at 11:57 | #11

    KillVern, Miss u too…
    Siyes, tak tipu. ;)
    Harap boleh gathering lagi…
    Don’t end up the journey easily, okey.
    Wish you all the best. :)

    [Reply]

  12. January 9th, 2010 at 17:24 | #12

    salam bro…

    rileks la,jgn stop blog ni,aku sentiasa follow up blog ko ni,mesti ramai lagi yg setuju ko teruskan blog ni kan

    [Reply]

  13. January 9th, 2010 at 17:42 | #13

    be cool bro…KV Da best..banyak info aku dapat dari blog KV…best ;-)

    [Reply]

  14. January 10th, 2010 at 03:29 | #14

    takkan dah takde semangat dh kot.. mane killvearn yg aku kenal dulu? yg sntiasa bersemangat.. hehe.. teruskan je yek.. :mrgreen:

    [Reply]

  15. January 12th, 2010 at 00:40 | #15

    aku baru nak aktif ko tak de lak.. bosan ar cam nie…

    [Reply]

  16. January 12th, 2010 at 22:36 | #16

    bro, jgn la berhenti. ades, ni yg tak syok ni. waaa

    [Reply]

  17. baracuda
    January 14th, 2010 at 11:42 | #17

    ala bro, jgn ar stop, bnyk ar ilmu aku dpt dr cni, rs rugi sngt klau ko stop…
    ada ms ko update ar….

    [Reply]

  18. February 27th, 2010 at 20:51 | #18

    rilek. take time. ambil masa sikit.

    [Reply]

  1. No trackbacks yet.