Kronologi Kehidupan Kill-Vearn di Dunia Pekerjaan
![]()

Makin lama makin jarang aku update blog ini berikutan perubahan yang ketara dalam kehidupan seharian aku. Ada pun aku update blog pasti seringkas-ringkas mungkin ataupun seperti tiada membawa apa-apa kelebihan kepada pembaca yang setia menanti blog ini diisi dengan informasi berguna. Maaf sahaja yang dapat aku sampaikan kerana kehidupan seorang pelajar yang terlalu banyak masa untuk diluangkan bersama rakan-rakan telah berubah sama sekali. Sesiapa yang mengikuti perkembangan aku pasti mengetahuinya.
Pada entri kali ni aku tak memberikan apa-apa tutorial atau pun sebarang perisian berguna kerana entri ini lebih kepada entri peribadi yang jarang aku taip. Umum mengetahui bahawa bermulanya dunia pekerjaan kepada seseorang individu itu, maka akan berubahlah serta merta kehidupan sehariannya, begitu juga aku. Jika dahulu aku boleh dikatakan hampir setiap hari online dan meluangkan masa bersama rakan-rakan di Twitter, Blog, Facebook mahupun Yahoo Messenger, namun sekarang semua itu tidak dapat dilakukan seperti dahulu.
Aku kini bekerja di bawah syarikat construction yang sedang menjalankan projek perumahan di pendalaman Sungai Buloh, Selangor dan tempat itu sangat berbeza dari kehidupan aku sebelum ini. Jika dulu semua kemudahan ada, kini semuanya serba kekurangan. Nak cari ATM pun kena pergi Hospital Sungai Buloh, apatah lagi nak cari Cyber Cafe yang mempunyai sambungan internet. Streamyx pula memang tak ada lagi di rumah sewa yang aku duduki kerana ianya tempat baru, jadi semalam aku telah tamatkan akaun Streamyx walaupun kontrak tak sampai lagi setahun.
Bila kehidupan di tapak pembinaan makin tak menarik, aku mula rasa bosan, namun nak tak nak aku kena juga stay kat sana berikutan tanggungjawab untuk menjaga dan memastikan kerja berjalan di tapak projek ditanggung aku. Untuk pengetahuan semua, aku kerja dari Isnin hingga ke Sabtu dari jam 8 pagi ke 6 petang. Tiada overtime diberikan dan aku hanya dapat bercuti pada hari Ahad untuk pulang ke rumah keluarga. Gaji bolehlah tahan, namun kos perbelanjaan di sini aku kira agaklah tinggi. Nasib baik bos bayar rumah sewa, air dan elektrik. Bos juga berikan aku sebuah kereta untuk kegunaan di tapak projek dan mungkin akan datang, aku diberikan sebuah motor juga. Projek yang aku kendalikan ini mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan.
Oleh kerana sibuk, maka banyaklah blog kawan-kawan yang tak dapat aku lawati apatah lagi meninggalkan sepatah dua komen di blog sendiri. Penjualan DVD juga terhenti, namun aku harap sesiapa yang ada order DVD dari aku, sila sabar menanti email anda dibalas. Jika anda faham situasi aku yang tiada internet sebagai penghubung antara kita, pasti anda dapat rasakan bahang yang aku hadapi. Kepada kawan-kawan blogger yang tak dapat aku jumpa buat masa ni, nanti jangan terkejut sebab kulit aku dah makin gelap, mungkin anda tak mengenali aku lagi. Hahaha.. Keputusan peperiksaan akhir aku tempoh hari amat memuaskan hati aku, aku lulus semua subjek dan lega dapat bekerja dengan riang hati.
Berikut aku sertakan beberapa gambar yang sempat aku snap sewaktu bekerja.






Terima kasih kepada bakal tunang aku yang sempat membuat satu entri tentang aku sewaktu ketiadaan aku di alam siber yang makin rancak. Kepada sesiapa yang sudi, datanglah ke rumah aku di Subang Jaya pada 13 Disember 2009 berikutan dengan perkahwinan abang sulung aku dan pertunangan aku yang diadakan serentak pada tarikh berkenaan. Nak tahu alamatnya? Sila tweet aku ya! Jangan lupa bawa external HDD anda sebab kemungkinan anda akan dapat fail ISO Windows 7 Ultimate AIO secara percuma.











pergh!! cenderehati Windows 7 Ultimate AIO.. nak!!! ala.. nak kene g sana la ni.. camne erk? adeh… harap² free la time tu.. hurmm…
[Reply]
sempat lg tu promote windows 7 AIO.. hahhaa..
[Reply]
Hmmm,gambar atas skali tu mcm highway kuar Sg.Buloh je? semestinya ko akan melalui jalan yg berdekatan ngan bekas kolej aku dulu iaitu Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg.Buloh berdasarkan gambar2 kt atas tu. btol tak? rindu plak kt Sg.Buloh. huhu
[Reply]
hidup mesti di teruskan..blog jgn dimatikan ya..encik!
[Reply]
hidup memerlukan perubahan
[Reply]
Badan aku naik berotot selepas tamat belajar.betul kata cikgu aku.
apa salahnya janji awek tetap suka.jadi kalau hang takut muka jadi hitam.
pakailah krim kecantikan.hehehe……..
[Reply]
ngeee..bagus2..teruskn berblog ek…
[Reply]
ko keje kat construction site eh.. pergh.. mantap gak…. haha, patutlaa lama x update blog..
[Reply]
pendek kata ’selagi tak tutup mata, keje keje keje’ hak2… windows tujuh satu….
[Reply]
Ala.. gi sana baru dpt p’cuma ke…
Kalo kirim percuma leh ke…
Good luck 4 u’re life…
[Reply]
hidup dah semakin bermakna katakan…hehehe….
[Reply]
hehe teruskan berblogging bro
aku baru ajer singgah disini
hihi
Windows 7 tuh kalau guna Loader dari ex.ua boleh jgak kot aku pakai guna tuh. hihi
[Reply]
take care bro ! Harap bro dpt kembali ~
[Reply]
good luck bro…
[Reply]
owh.. suda melangkah ke alam kerja gak ke? same la kte bro… wah dah nak tunang.. tahniah.. tahniah… teruja betol dgar cite org nak tunang n kahwin ni, hehe…
[Reply]
wah mesti ko excited kan ak bertunang.hehe.papehal.selamat semuanya
[Reply]
Slamat brtunang bro..
[Reply]
helo adik
pe citer?
[Reply]
Amazing semestinya ko akan melalui jalan yg berdekatan ngan bekas kolej aku dulu iaitu Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg.Buloh berdasarkan gambar2 kt atas tu. btol tak? thanks.
[Reply]
bRo kEje apE?dah maCam konTrakTor dah
[Reply]