Inginkan pendapatan lebih? Sila lihat Catcheye.com.my untuk maklumat lanjut.
Home > Information, Website > Mediafire Make My Life Crazy!

Mediafire Make My Life Crazy!

Ya, sekarang aku tengah tension tahap kritikal. Semuanya berpunca dari web hosting percuma terkenal iaitu Mediafire. Semalam selepas selesai format dan install windows se7en pada laptop Jaws, aku dapat tahu dari Blowie bahawa tools yang aku kongsikan tidak dapat dimuat turun kerana fail-fail tersebut tidak lagi wujud pada link yang diberikan. Lantas aku pun login akaun mediafire yang telah aku daftar selama setahun lebih untuk memeriksa sama ada fail tersebut betul-betul telah tiada. Bila periksa sahaja, kesemua fail-fail yang aku hostkan pada mediafire masih ada termasuk tools tersebut.

Aku menarik nafas lega dan berfikir mungkin link yang diberikan telah ditukar oleh pihak mediafire atas sebab penyelenggaraan ataupun naik taraf. Aku pun cubalah membuat folder baru yang lain dan memindahkan segala tools tersebut ke dalam folder baru dan berikan link baru kepada Blowie, namun sekali lagi perkara yang sama terjadi. Lalu aku logout dari akaun dan cuba memasuki link untuk perkongsian folder tersebut, namun hampa. Aku mula risau, apa masalah ye boleh jadi macam ni.

Sekali lagi aku login ke akaun mediafire dan aku terperanjat. Mungkin paparan gambar di bawah dapat membantu anda menyungkil masalah aku.

Ya, kesemua fail perkongsian dengan pembaca blog ini telah hilang serta merta dari akaun aku. Sedih yang teramat sebab aku sangkakan mediafire adalah tempat paling selamat menyimpan segala khazanah yang aku kumpul dan usahakan selama ini. Walaupun berbekalkan akaun percuma (bukan pro), mediafire telah menyatakan bahawa mereka memberikan khidmat unlimited uploads, downloads dan bandwidth. Tapi di manakah fail-fail aku sekarang?

Walaupun jumlah penggunaan akaun aku seperti berikut, namun aku rasa ianya tetap masih boleh digunakan kerana mediafire tidak memberikan sebarang limit pada fail yang dihostkan.

Agak pelik sebab bila aku tengok jumlah fail yang telah aku muat naik masih ada lagi di dalam servernya iaitu sebanyak 402 fail yang berjumlah 8.23GB. Tetapi di manakah semua fail-fail aku!! Persoalan ini masih tak dijawab oleh sesiapa. Melalui khidmat pencarian google pun aku masih tak dapat selesaikan masalah ini, lalu aku hantarkan email kepada pihak mediafire mengenai masalah tersebut. Masih sekarang tiada maklum balas dari mereka.

Aku berfikir lagi dan kali ini cuba nak tengok link muat turun yang manakah tidak berfungsi dalam weblog aku. Aku periksa entri lagu raya, link yang berkongsikan folder dalam mediafire bermasalah. Aku periksa pula entri yahoo messenger 10, kat sini aku letakkan single link untuk muat turun fail tersebut, bila klik saja link tersebut paparan berikut muncul.

Eh boleh pula muat turun fail-fail ni, aku bertanya sendiri. Jadi betul la kesemua fail aku masih wujud di dalam akaun aku iaitu 402 fail, tapi kenapa folder semuanya hilang?  Aku sangat pelik dan masih bingung hingga sekarang. Kenapa ye kawan-kawan?

Notakaki:

- Jaws ada mencadangkan supaya aku menggunakan khidmat ziddu.com kerana ia boleh menjana pendapatan apabila ramai orang muat turun, namun setelah aku daftar dan lihat cara fail diuruskan serta cara muat turun, aku rasa mediafire tetap hebat berbanding ziddu. Nak muat naik ke ziddu amatlah payah sebab ianya tiada fungsi bulk upload seperti mediafire. Lagipun ia juga tiada link perkongsian folder.

- Maaf jika anda tak dapat memuat turun pada link yang bersangkutan dengan perkongsian folder buat masa ini. Hanya link yang berkaitan dengan perkongsian satu fail sahaja yang masih berfungsi.

———————————————————-

Update (4.20pm):

Aku menarik nafas lega sebab kesemua fail-fail aku telah boleh diakses. Ni email dari pihak mediafire (Karen):

Hello,

Thank you for contacting Mediafire and for notifying us regarding your files not showing in your account.  Our technical department was notified of the problem and was able to isolate and repair this situation.  You should be able to access your files in your account at this time as well as send out sharing URL links to folders for others to view.
When you go to www.mediafire.com please clear your cache and do a hard refresh (CTRL + R) prior to logging into your account.  This will ensure that your files will load properly and without delay.  When we tested the files we noticed that without doing this, there was a delay in the files loading.

We apologize for any inconvenience that this situation has caused and thank you for your patience in this matter.  Please let us know if you have any additional questions.

Best Regards,
Karen
The MediaFire Team


Categories: Information, Website
Catcheye
Live Blogging
Kraetiv.Net
Ntahla Blog Kita

  1. September 13th, 2009 at 13:12 | #1

    Bro,mslh ko pnah jd kat aku baru-baru ni. Aku check fail aku mule2 terkejut sebab satu folder pun tkde,kosong je. tensen punye pasal aku aku pangkah je trus tab mediafire sampai la seminggu kot aku check balik rupenye semua fail aku masih wujud. syukur. Jadi kesimpulannya di sini bro,ko jgn risau sebab fail2 ko tak ilang, aku rase mgkin server diorg ade masalah kot. relaks arr bro… Dugaan bulan puasa tu. hehe

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    owh yeke.. ok2 aku amek note ko ni.. hope pasni da ok :( risau aku :(

    [Reply]

  2. September 13th, 2009 at 13:58 | #2

    Masalah server tu…bnyk file2 aku nak sedut tiba2 dia kata takdak…

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    erk yeke.. hurm hope akan oke la pasni…

    [Reply]

  3. September 13th, 2009 at 14:06 | #3

    byknyela ko upload…

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    hehe.. upload untuk kemudahan bersama :D

    [Reply]

  4. September 13th, 2009 at 14:48 | #4

    sebab illegal files kot..sebab kongsi barangan microsoft kot..

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    kebanyakan dlm tu aku rasa illegal :D

    [Reply]

  5. September 13th, 2009 at 15:48 | #5

    :mrgreen: hanya mampu tersengeh jer lerrr…tak faham korang buat apa hehe

    [Reply]

  6. September 13th, 2009 at 15:51 | #6

    hmm. aku rasa, maybe dia delete sebab illegal kot. huhu.

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    haha dah boleh dah, aku ase masalah server mcm yang eins ckp..

    [Reply]

  7. September 13th, 2009 at 16:07 | #7

    ziddu slow gila. bkn setakat nk upload malah nk download skalipun. tp mungkin yg internet power ok la. :lol:

    mungkin pendapat aman tu ada benarnya. ;-)

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    owh yeke ziddu mcm tu, fuh mmg aku takmo la guna ziddu.. lani dah boleh da, lega aku..

    [Reply]

  8. September 13th, 2009 at 17:57 | #8

    Agaknya depa main hide and seek ngan hang.
    Hehehe!!! :lol:

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    erk leh lak depa main cenggitu.. satg bankrupt baru taw.. hehee

    [Reply]

  9. September 13th, 2009 at 18:15 | #9

    aku pakai savefile adjer. hehe ;)

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    savefile leceh la bro dan tak pantas.. waktu upload kalo error takleh sambung..

    [Reply]

  10. alonqexe
    September 13th, 2009 at 18:51 | #10

    Maintenance kot.. hohoh. Selalunya waktu2 camni dia akan check balik semua fail, dan fail yang tak popular, takde orang download selepas waktu yang lama, dia akan delete.
    Saya pun pernah jadi macam ni gak, syukur masih ada lagi.

    Mediafire tetap best. =D

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    mediafire takkan delete fail seseorang jika akaunnya aktif dalam tempoh 60 hari.. so takde kene mengena ngan popular or tak :P yeah mediafire rock, but they should notice us if there are any maintenance..

    [Reply]

  11. Fathulimran
    September 13th, 2009 at 21:37 | #11

    patutlah saya nk upload semalam, dia kata takde fail. saya hairan jugak, ingatkan masalah internet, tapi internet ok jeee.. xpe… ujian buat saudara lah tuu… banyakkan berdoa.. ;-) ;-)

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    hoho yep maybe ujian menahan tahap kesabaran.. hampir2 delete akaun :P fuh~

    [Reply]

  12. September 13th, 2009 at 23:40 | #12

    Kadang2 mediafire memeng mcm tu..kat ziidu x best la..dah ok ke? alhamdulillah

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    dah oke da.. yeah ziddu tak best n lembap kalo nak banding ngan mediafire..

    [Reply]

  13. September 14th, 2009 at 03:12 | #13

    sbb tu kdg2 aku upload kt ziddu..hehe biar ziddu tu lmbap skit :mrgreen:

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    ziddu lembap n takleh susun fail sesuka hati.. busan mcm tuh.. takde permalink lak tuh..

    [Reply]

  14. September 14th, 2009 at 05:29 | #14

    Mediafire terbaek! Wahahahaha, bley buat ‘Q’ kalau download movie..no waiting time..terbaek!

    [Reply]

    sam Reply:

    btul ke yg terbaek :?: :?: :?:
    nak try r lgpun free kan :lol: :lol: :lol:

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    yeah rite, can make Q on IDM.. try la sam..

    [Reply]

  15. September 15th, 2009 at 22:56 | #15

    ziddu, uploading dan sharecash. ko boleh try yg nih. Actually, ada banyak site macam nih. tapi aku sendiri setuju mediafire antara yg terbaik. :mrgreen:

    [Reply]

  16. September 16th, 2009 at 23:31 | #16

    wah bahaya juga tu, klu tetiba hilang. wat penat jerk. skg kira dah ok la kan kill?

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    yep dah ok, try la tekan mana2 link.. hehehe

    [Reply]

  17. September 16th, 2009 at 23:36 | #17

    mungkin fail yang dimuatnaik tu terlalu glamor kot.
    sebab mereka cemburu gila tak terhingga.

    [Reply]

  18. September 18th, 2009 at 02:34 | #18

    hoho.. nasib baik da ok.. da ok kan?

    [Reply]

  19. Pokkoman
    October 16th, 2009 at 12:07 | #19

    mediafire best dan laju…lagi baik dari megaupload

    [Reply]

  20. November 4th, 2009 at 20:55 | #20

    mediafire memang best dan rancak!

    [Reply]

  1. September 13th, 2009 at 12:56 | #1