Inginkan pendapatan lebih? Sila lihat Catcheye.com.my untuk maklumat lanjut.
Home > Information, Music > Kenali Malaysia Bersama Kill-Vearn

Kenali Malaysia Bersama Kill-Vearn

Malaysia

Hari ini aku sebagai salah seorang rakyat Malaysia ingin berbangga dengan negara ini kerana di sinilah aku lahir dan membesar dengan amannya tanpa sebarang masalah yang besar, tidak seperti negara yang dilanda bencana yang teruk ataupun peperangan… Jadi aku amat bersyukur kerana dapat anugerah hidup di Malaysia… Di sini aku ingin menceritakan serba sedikit tentang Malaysia dan negeri²nya…

Jalur Gemilang

Bendera Malaysia atau nama lainnya Jalur Gemilang seperti yang tertera di atas mempunyai 4 warna, 14 jalur, satu bulan dan satu bintang… Warna biru pada Jalur Gemilang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia manakala warna kuning pula melambangkan warna Diraja bagi Duli² Yang Maha Mulia Raja²…

14 jalur merah dan putih pula melambangkan tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri serta 1 kerajaan persekutuan… Anak bulan melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia dan bintang berbucu 14 pula melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan…

Lambang negara Malaysia

Jata Negara

Lambang Negara Malaysia ataupun dikenali sebagai Jata Negara mempunyai maksud² tertentu sama seperti Jalur Gemilang… Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri yang terkandung dalam kerajaan persekutuan dan bintang dan bulan itu sendiri melambangkan agama Islam agama rasmi Malaysia… Lima belah keris pula melambangkan negeri² melayu yang tidak bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan…

Pokok Pinang dan pokok Melaka masing² melambangkan Negeri Pulau Pinang dan negeri Melaka manakala empat jalur yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning melambangkan warna bagi negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang… 4 negeri ini adalah negeri² melayu bersekutu yang asal…

3 lambang di bawah Jata Negara menunjukkan 2 buah negeri (Sabah & Sarawak) dan bunga raya melambangkan bunga kebangsaan Malaysia… 2 ekor harimau pula  merupakan lambang kepada Melayu Tradisional serta simbol kekuatan dan keberanian… Cogan kata untuk negara Malaysia adalah “Bersekutu bertambah mutu” dan ianya ditulis dalam Bahasa Malaysia serta Jawi… Warna kuning pada cogan kata serta bulan dan bintang merupakan warna Diraja bagi Duli² Yang Maha Mulia Raja²…

Negeri di dalam Malaysia

Malaysia mempunyai dua kawasan utama iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur… Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada 11 buah negeri dan Malaysia Timur pula dibahagikan kepada 2 buah negeri…

Negeri² dalam Malaysia

Semenanjung Malaysia:

Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Malaysia Timur:

Sarawak dan Sabah.

Terdapat 3 Wilayah Persekutuan di Malaysia iaitu:

Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Anda dah baca dan belajar serba sedikit tentang Malaysia, negara anda sendiri? Tahniah kepada yang rajin betul membaca entri aku kali ini… Kepada yang skip tu, rajin²kanlah membaca sebagai menghargai negara kita… Sebagai bonus, di sini aku sediakan 2 link muat turun lagu setiap negeri dalam Malaysia serta beberapa lagu kebangsaan bersifat patriotik untuk kita hayati bersama…

Lagu² Kebangsaan Malaysia » Muat turun

Lagu² Kebangsaan Malaysia (Instrumental) » Muat turun

Notakaki:

» Tak semua lagu negeri dalam Malaysia dapat aku cari, kalau anda ada silalah berkongsi ya!

» Sebenarnya entri ini aku nak taip waktu Merdeka nanti, tapi lambat lagi la..


Categories: Information, Music
Catcheye
Live Blogging
Kraetiv.Net
Ntahla Blog Kita

  1. July 22nd, 2009 at 00:20 | #1

    hehe,
    bangga jadi warga negara m’sia

    [Reply]

  2. July 22nd, 2009 at 00:48 | #2

    siap gak ko tulis entri ni ek..
    huhuu

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    taw takpe… lama gile nak cari lagu² tuh… payah betol takde site yg sediakan lagu² kebangsaan malaysia…

    [Reply]

    Anarm Reply:

    pasni naik la traffic blog ko..
    site ko sorang je ade bende ni kn..
    huhuu :mrgreen:

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    tak semestinya.. site org lain pon aku search ada gak, cuma lagu dia tak bg.. hehehe

    [Reply]

  3. July 22nd, 2009 at 01:11 | #3

    wah~
    tahniah :)

    [Reply]

  4. July 22nd, 2009 at 01:19 | #4

    huyoooooooo patriotik siot!!!!

    :mrgreen:

    [Reply]

  5. July 22nd, 2009 at 02:46 | #5

    gila semangat ko ni,hahaha

    [Reply]

  6. July 22nd, 2009 at 03:22 | #6

    semangat..
    hahahahh.. i like mat rempit.. hikhik

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    erk mat rempit diharamkan kat malaysia oke… hahaa

    [Reply]

  7. July 22nd, 2009 at 07:42 | #7

    Ha ha.. Ni boleh tukar nama blog jadi Wikillvearn.com (wiki + killvearn).

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    hoho idea baik tuh.. haha.. tapi aku tak copy paste wiki.. haha.. pe barang plagiat…

    [Reply]

  8. July 22nd, 2009 at 07:57 | #8

    dah macam buku teks kajian tempatan pun ada..caya la bro!!!

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    ades teringat aku buku tuh.. haha… lama da tinggalkan… dak² skolah leh la rujuk sini.. hehehe…

    [Reply]

  9. July 22nd, 2009 at 09:38 | #9

    lagu Negarakuku ade x? :oops: hehehehe…

    caya la.. dah lain dari yg lain daa.. :mrgreen:

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    ape kata ko bukak dua link yg aku bg tuh… usha tgk ada ke tak… hoho…

    [Reply]

  10. July 22nd, 2009 at 09:47 | #10

    aku rasa cam masuk kelas sejarah ngan geografi plak..
    hehe..
    aku dah lama cinta kat malaysia ni..
    taktau ag tempat mana ag best selain malaysia..
    bak kata orang,
    hujan emas dinegeri orang,
    hujan batu dinegeri sendiri.
    lebih baik dinegeri sendiri..
    hehe..
    batu pun kalo kita pandai, leh tukar jadi emas…
    emas dinegara orang tu, orang lain punya..
    biarlah depa urus sendiri..

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    hohoho berpantun lak ko kat sini eh jaws.. ni kelas sejarah ye murid².. hoho.. erm jaws ko jumpa anarm taknak jumpa aku kew? meh kajang!

    [Reply]

    Jaws Reply:

    laa..
    lupe lak ko dekat je ng aku..
    lepak bangi seksyen 15 laa jumaat ni..
    amacam?
    kalo shafie.biz free aku ajak die sekali..
    kliuc dkat je ng seksyen 15 tu..

    [Reply]

  11. taeone
    July 22nd, 2009 at 10:15 | #11

    Assalamualaikum Malaysia..
    bergerak kehadapan..
    menerobos rintangan apa jua..
    kita bersama membangun..
    untuk malaysia tercinta..

    [Reply]

  12. July 22nd, 2009 at 13:54 | #12

    hahahah gila semangat kauuu.
    aku tak pna agi wat pos merdeka.
    sila bagi aku semangat. hahaha.

    [Reply]

  13. July 22nd, 2009 at 16:16 | #13

    sayang Malaysia! hehe :razz:

    [Reply]

  14. July 22nd, 2009 at 19:11 | #14

    dah lama gua kenal dia, MALAYSIA .. xD

    [Reply]

  15. August 6th, 2009 at 10:07 | #15

    malaysia best…. :lol: :roll: ;-)

    [Reply]

    nadia Reply:

    memang best….aman plak tu…

    [Reply]

  16. Hassan
    August 22nd, 2009 at 03:10 | #16

    Lagu negeri kedah ade tak?!

    [Reply]

  1. July 23rd, 2009 at 00:03 | #1
  2. August 6th, 2009 at 05:02 | #2