

Semalam hari yang amat memenatkan.. Dari awal 6.30 pagi dah bangun dan kemudian bersiap² ke kolej untuk berjumpa supervisor projek yang akan aku buat pada semester akhir ni.. Tiba kat kolej sempat juga makan kat cafe dan kemudian terus naik kereta supervisor pergi ke JPS Ampang sebab nak pinjam alatan untuk buat testing kat dua batang sungai… Penatnya tuhan saja yang tahu, lagipun satu badan basah sebab kene masuk dalam sungai pegang alatan.. Hampir² juga hanyut sebab arus deras, tapi nasib aku pandai berenang.. Hehe..
Okey sebelum lari dari topik, kat sini aku nak berkongsi lagu yang aku telah muat naik beberapa hari yang lalu.. Lagu² ini sebenarnya aku dah lama miliki dan sengaja aku nak anda semua dengar jika anda tak pernah dengarnya.. Jika sebelum ni aku berkongsi dengan anda lagu² Nasyid, OST Transformers II, Malaysia Anthem mahupun lagu dari kumpulan Wondergirls, kini lagu² ini pula lain dari yang sebelum ni… Jom muat turun dan dengar sendiri…
Read more…


Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan… Sifat rajin membaca pula dapat dipupuk melalui pembacaan bahan² yang menarik minat seseorang contohnya novel, komik, majalah dan sebagainya… E-book juga salah satu dari bahan bacaan jika kita pandai mencarinya di pasaran internet yang meluas… Di sini aku ingin berkongsi satu daripada koleksi e-book aku iaitu Harry Potter Series…
Read more…


Mungkin ramai yang dah tahu bahawa pihak Microsoft telah menlancarkan satu lagi versi terkini Microsoft Office iaitu versi 2010 atau dikenali sebagai Office 14… Dengan keluarnya versi terkini ini, maka ia menunjukkan Microsoft melangkah setapak lagi mengikuti teknologi dan peredaran zaman… Walaupun versi penuh Office 2010 masih belum dilancarkan pada umum, namun dengan mencuba versi Technical Preview ini, apa yang aku dapat katakan di sini adalah kepuasan…
Read more…


Hari ini aku sebagai salah seorang rakyat Malaysia ingin berbangga dengan negara ini kerana di sinilah aku lahir dan membesar dengan amannya tanpa sebarang masalah yang besar, tidak seperti negara yang dilanda bencana yang teruk ataupun peperangan… Jadi aku amat bersyukur kerana dapat anugerah hidup di Malaysia… Di sini aku ingin menceritakan serba sedikit tentang Malaysia dan negeri²nya…
Read more…
Recent Comments