

Mungkin bagi kebanyakan orang, sambutan hari raya aidilfitri tahun ni adalah suatu yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya, malah mungkin acara yang diadakan di kampung halaman masing-masing tetap tak berubah. Namun pada diri aku, tahun ini adalah pengalaman aidilfitri paling berbeza akan aku rasakan sejak hidup selama 24 tahun kerana akan berlaku satu perubahan.
Read more…


Alhamdulillah pada pagi hari ketiga terakhir Ramadhan ini aku diberi kesempatan untuk menaip lagi tentang bahagian terakhir ‘bilakah tibanya hari kiamat’ sekaligus melengkapkan kisah yang boleh dijadikan panduan umum dalam meneruskan sisa-sisa hidup kita di muka bumi Allah SWT. Jika anda terlepas dua episod sebelum ini, bolehlah membacanya di sini:
Part (I) | Part (II)
Peristiwa kiamat telah makin hampir tiba yakni telah diceritakan sembilan peristiwa-peristiwa besar sebelum ini. Manusia makin lama makin lupa kepada Zat pencipta seluruh alam. Dunia makin kucar kacir. Dan tibalah tanda kiamat terakhir yang pastinya nyata dan terlihat kehebatannya di seluruh alam.
Read more…


AutoCAD adalah satu perisian yang digunakan kebanyakan jurutera dan arkitek di dunia ini sebagai platform untuk menghasilkan sebuah rekabentuk bangunan, mesin ataupun apa sahaja yang berkaitan dengan penghasilan suatu lukisan grafik yang hebat untuk memudahkan kerja mereka.
Di sini aku ingin berkongsi dengan anda semua cara-cara untuk memasang perisian hebat ini ke dalam komputer anda. Semalam aku telah selesai memuat turun autocad versi terkini iaitu autocad 2010 dan terus memasangnya pada windows 7 milik aku. Aku ingatkan ia tidak menyokong windows terbaru keluaran microsoft ini seperti kebanyakan ura-ura yang didengar. Namun bukti sahih telah menunjukkan bahawa windows 7 amat mesra pada perisian ini.
Read more…


Siapa yang rapat dengan aku semestinya tahu bahawa aku amat meminati lagu ‘Nobody‘ yang telah dibawa dan dipopularkan oleh kumpulan penyanyi wanita Korea iaitu Wonder Girls yang diwakili oleh 5 gadis muda yang hot belaka.
Terbaru, kumpulan ini telah membawa lagu tersebut dalam versi bahasa inggeris dan aku telah mengesahkan ia apabila memasuki laman web rasmi Wonder Girls. Di laman web video popular dunia iaitu Youtube, aku telah menjumpai video muzik versi bahasa inggeris lagu tersebut dan ianya memang dicipta khas untuk peminat yang tidak memahami bahasa korea. Tanpa berceloteh panjang jom kita lihat video tersebut dan anda nilaikan sendiri.
Read more…


Ya, sekarang aku tengah tension tahap kritikal. Semuanya berpunca dari web hosting percuma terkenal iaitu Mediafire. Semalam selepas selesai format dan install windows se7en pada laptop Jaws, aku dapat tahu dari Blowie bahawa tools yang aku kongsikan tidak dapat dimuat turun kerana fail-fail tersebut tidak lagi wujud pada link yang diberikan. Lantas aku pun login akaun mediafire yang telah aku daftar selama setahun lebih untuk memeriksa sama ada fail tersebut betul-betul telah tiada. Bila periksa sahaja, kesemua fail-fail yang aku hostkan pada mediafire masih ada termasuk tools tersebut.
Read more…
Recent Comments