

22 Ogos 2009 adalah tarikh muktamad jatuhnya bulan puasa pada tahun ini.. Kini anak bulan Ramadhan tiba sekali lagi menyinari hidup manusia.. Pada malam ini tatkala azan Maghrib berkumandang, maka terbukanya pintu² Syurga sehingga terang benderang hingga langit ke tujuh dan tertutupnya pintu² Neraka dan terkurungnya Iblis dan Syaitan² yang tak pernah serik melalaikan dan menyesatkan anak² Adam di dalamnya..
Read more…


Baru² ini seorang blogger yang selalu memberikan tutorial serta perisian percuma kepada pengunjung blognya, yakni Mr Piratz telah mencipta dua e-book yang mengajar langkah² pemasangan wordpress pada hosting serta windows.. E-book berkenaan amat bagus untuk dimiliki serta dibaca bagi sesiapa sahaja yang hendak memasang wordpress pada hosting atau komputernya.. Berikut adalah ciri² e-book tersebut dan link muat turun yang disediakan..
Read more…


Sabtu lepas 15 Ogos 2009, aku, Anarm, Jaws dan Shafie telah membuat keputusan drastik untuk bercuti sambil berjumpa dengan kawan² blogger yang lain di Melaka Bandaraya Bersejarah demi untuk memenuhi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah… Di sana kami telah berjumpa dengan blogger lain yang dikenali sebagai Topotato, Mohd Adil dan seorang gadis blogger yang boleh dikatakan terkenal.. Yang pasti ianya bukan Chokilala kerana beliau tersangat sibuk dengan mamanya.. Hehehe.. Tak ada apa sangat hendak aku ceritakan di sini tapi biarlah gambar sahaja yang menceritakan segalanya…
Read more…


Mungkin sudah ramai antara blogger² atau pengunjung blog ini telah menggunakan Windows 7 sebagai platform dalam komputer untuk membuat kerja dan sebagainya.. Anda juga telah merasai betapa hebatnya Windows 7 ini.. Aku juga tak menafikannya dan rata² pengguna mengatakan bahawa ianya Windows terbaik yang pernah dihasilkan Microsoft..
Read more…


Sudah beberapa bulan sejak permergian arwah Faiz, teman dan sahabat baik aku yang kembali ke Rahmatullah pada 15 April 2009 kerana mengidap penyakit Meningitis, masih segar dalam ingatan aku.. Jika anda masih ingat entri aku mengenai arwah baguslah, dan jika anda telah lupa, bolehlah lihat entri itu di sini.. Beberapa hari lepas aku ada bertemu dengan keluarganya di sekitar Serdang setelah lama tidak menemui mereka kerana terlalu sibuk dengan urusan pembelajaran serta ditambah dengan projek tahun akhir yang memerlukan komitmen aku sepenuhnya.. Majlis kenduri arwah yang diadakan selepas 100 hari pemergiannya pun tak dapat aku hadir, namun arwah tetap aku ingat di dalam hati..
Read more…
Recent Comments