“Se7en Capture” Menarik & Memudahkan

Terdapat pelbagai program untuk membuat ’screen shot’ pada komputer anda. Paling mudah adalah dengan menggunakan butang ‘Prt Scr’ yang telah tersedia pada keyboard PC dan anda boleh menekan butang ‘Ctrl + v’ pada Paint atau program foto yang lain misalnya Photoscape. Cara lain adalah dengan menggunakan perisian-perisian yang telah tersedia di segenap ruangan siber dan tunggu masa sahaja untuk anda muat turunnya. Salah satu dari perisian itu adalah 7 Capture yang telah dicipta oleh IBE Software dan ia sangat hebat pada pandangan aku.
Di bawah aku sediakan dua gambar untuk anda bandingkan perbezaan antara screen shot yang telah dilakukan menggunakan ‘Prt Scr’ dan 7 Capture:


Pada pandangan anda, apakah yang membuatkan aku tertarik menggunakan 7 Capture ini? Ya, ia adalah kerana perisian ini telah membuang latar belakang yang kelihatan di sebalik bingkai lutsinar Windows dan satu lagi kelebihannya ialah warna bucu Windows pada screen shot tersebut tidak kelihatan kerana telah dilutsinarkan. Perisian ini juga mudah digunakan kerana apabila anda membuka sebarang Windows atau aplikasi dan kemudiannya membuka 7 Capture, akan kelihatan nama program tersebut muncul di ruangan kanan ‘Capture’ pada perisian itu dan anda hanya tinggal klik sahaja untuk membuat screen shot.
Dah tengok pasti nak cuba pula kan? Jadi aku ucapkan selamat mencuba dan rajin-rajinlah paparkan screen shot menarik dan berkualiti tinggi pada blog-blog dan website anda.
Muat turun: Se7en Capture
Maklumat lanjut: klik sini











memang berbeza ek??? dah donlot..
[Reply]
disebabkan ini bkn komputer aku maka tak dapatlah aku donlot n torai.. bookmarked..
[Reply]
uuuuu.. maksudnya software nie punye capture lagi detaillaaa.. pastue bleh buang pape mende yang kite takmo appear dalam capture tue.. mantap2..
[Reply]
Asyik2 ko screen shot tanah merah je..xde view lain ke kat projek ko. Tak kisah lah..yg penting..see you mediafire..Thanks!
[Reply]
sori sbb pertanyaan aku ni agak ketinggalan skit..hmm,microsoft office 2010 yg hr tu ble pkai smpai bile? sbb die technical preview kn..
[Reply]
lah.. pe daa.. Mesti tak pernah xplore win vista dgn win 7 pnye capability Snipping tools..
taip kat searchbox Snipping Tools, x yah download 7capture da..
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
January 21st, 2010 at 9:38 PM
snipping tools leceh, serius… sbb tu aku takmo mention natang tuh.. ekkekeke
[Reply]
menghadap saudara killvearn yg disegani,
huhu…cmne nk wat widget twitter,youtube,piratebay n etc kt seblah kiri ni?
maaf, sy noob..huhu
[Reply]
Aku rasa lagi senang pkai “Print Screen” & then tempek dekat paint.. Tp bagi orang yg x tau guna print screen, 7capture ni bgus la untuk diorang.. X kisah mana2 method pun, janji output yg kluar tu memuaskan..
[Reply]
Salam…hye kill-vearn.. camne ek cara nk install window 7 yang torrent attract dalam cd..pls tlong
[Reply]
oho..menarik utk dicuba.
selalu guna photoscape je tp nmpk software ni lebih kewl.
thx bro
[Reply]