Selongkar Info PC Menggunakan SIW
![]()

Informasi tentang PC ataupun komputer peribadi yang anda gunakan pasti terhad kerana hanya sesetengah orang sahaja mampu memeriksa apakah ‘biodata’ PC mereka dan apa informasi tentang Windows yang digunakan untuk PC tersebut. Tapi aku pasti tak semua orang mahu tahu dan tak semua orang kisah tentang informasi sebegini. Kepada kaki komputer, mereka pasti mahu tahu kesemua informasi sebegini.
Di sini aku perkenalkan pada anda semua satu perisian yang akan menyelongkar kesemua informasi PC anda. Nama perisian ini adalah SIW yang bermaksud ‘System Information for Windows’ dan ia dalam bentuk portable yakni tak perlu dipasangkan dalam PC anda.
Oleh kerana di rumah aku tiada sambungan internet untuk aku poskan screenshot PC, lalu aku ke cyber cafe dan menggunakan perisian ini untuk menyelongkar PC yang aku gunakan. Rajah berikut adalah info tentang PC di cyber cafe ini. Pecahan informasi yang diberikan oleh SIW ini terbahagi kepada tiga iaitu software, hardware dan network. Di bawah ketiga-tiga bahagian ini terdapat pelbagai pecahan informasi dan di sebelah kanannya adalah maklumat lanjut yang anda perlukan.

Belum cuba belum tahu, jadi muat turun sahaja perisian yang ringan ini dan ia semestinya percuma untuk anda. Untuk maklumat lanjut mengenai perisian ini, anda bolehlah lawat laman webnya sendiri okey?
Muat turun: SIW











kalo guna everest software same jugak kan
[Reply]
shin Reply:
January 20th, 2010 at 6:35 PM
yep.. everest lg best.. specific
[Reply]
KV..kembali dgn budinya..TERIMA KASEHHHHH!
[Reply]
wah, boleh selongkar aku nyer windows ni. hehe, thanks bro.
[Reply]
aku nak terjah la camni..hehe
[Reply]
software ni bagus untuk kegunaan semua yang suka mencari info pc
[Reply]
hohoho.. aku penah guna software nie.. tapi kat kedai jual komputer… software nie untuk showcase pc2 yang dijual x silap aku..
[Reply]
Kalau saya selongkar pun, tetap tak tahu benda2. huhu
[Reply]