Transformers: Revenge of the Fallen

Seharian ini aku keletihan kerana banyak berjalan serta bershopping sakan di sekitar Kuala Lumpur… Namun keletihan aku tidak sangat terasa kerana hati terlalu teruja dan terlalu asyik setelah menonton filem terbaru dari Michael Bay iaitu Transformers: Revenge of the Fallen… Bagi sesiapa yang masih belum menontonnya, aku sarankan anda pergi menempah tiket sekarang dan menontonnya… Anda tak akan rugi membayar harga tiket sebanyak RM10 untuk menyaksikannya, aku jamin…
Hari ini 24 Jun 2009 adalah tayangan perdana seluruh dunia bagi filem terhebat tahun ini… Walaupun aku sudah tahu semalam (23 Jun 2009), filem ini telah mula ditayangkan di Malaysia, namun aku tetap ingin menontonnya hari ini… Keseronokan ditambah apabila menonton filem hebat ini bersama kawan² kolej yang pastinya menghangatkan panggung wayang dengan telatah masing²…
Berbalik kepada filem tersebut, plot cerita sangat menarik dan aku rasa lebih hebat ceritanya dari Transformers yang sebelum ini… Aku rasa mungkin Khai perlu tengok filem ini sekali lagi dan concentrate, pasti dia akan mengatakan bahawa filem kedua Transformers ini lebih menarik… Dengan aksi² yang super hebat semasa pertempuran antara Autobots dan Decepticons serta teknologi CGI yang diterapkan, ia membuahkan hasil yang cukup menarik untuk wajib ditontoni oleh semua orang di pelusuk dunia… Kalau anda nak tahu plot ceritanya bolehlah tengok di sini… Antara babak² yang aku minati sewaktu menonton filem ini adalah:
- Kepingan AllSpark yang terjatuh dari pakaian/beg Sam dan memori dari AllSpark terus memasuki mindanya dengan huruf² purbakala Cybertron.

- Kecurian salah satu kepingan AllSpark di pangkalan tentera Amerika oleh konco² Decepticons.
- Misi beberapa Decepticons menyelamatkan serta menghidupkan Megatron yang telah mati menggunakan AllSpark di dasar laut yang dikawal ketat oleh tentera Amerika.

- Perjumpaan Megatron dengan tuannya iaitu The Fallen di markas planet Decepticons.



- Pertarungan antara Optimus Prime dengan beberapa Decepticons yang agak gempak atas tujuan melindungi Sam namun akhirnya Prime mati di tangan Megatron.


- Sam dan kawan² menghidupkan JetFire (Decepticons) yang telah tinggal lama di bumi menggunakan kepingan AllSpark untuk menyelesaikan persoalan huruf² purba Cybertron.

- JetFire membantu Sam dan Autobots mencari Matrix of Leadership (dagger) dengan membawa mereka ke Mesir menggunakan gerbang masa.

- Sam menjumpai Matrix of Leadership (dagger) di dalam Petra (makam di mana tersimpannya dagger tersebut) dan kemudiannya dagger tersebut bertukar menjadi pasir.

- Pertempuran antara tentera Amerika bersama Autobots dengan Decepticons yang amat hebat, sementara itu Sam membawa serpihan pasir dagger ke Optimus Prime untuk menghidupkannya kembali.
- Sam yang koma setelah diserang Megatron kemudian memasuki dimensi lain di mana dia bertemu dengan roh Dynasty of Primes (7 Transformers asal yang mencipta AllSpark) dan mereka telah memberi kepercayaan pada Sam dan menyedarkan dia dari koma lalu Sam menghidupkan Optimus Prime menggunakan dagger tersebut.

- Optimus Prime hidup kembali namun ia tak sempat memulihkan struktur keseluruhan badannya yang rosak menggunakan dagger tersebut kerana dirampas oleh The Fallen.
- JetFire (Decepticons) mengorbankan dirinya dengan memberikan Optimus Prime badannya lalu bangkitlah Prime melawan The Fallen di atas piramid.

Cukuplah sedikit sebanyak aku ceritakan babak2² yang menarik dalam filem ini… Anda patut menontonnya juga… Jangan lupa sertakan juga komen² anda di sini setelah menontonnya nanti… Aku juga sertakan trailer yang berkualiti tinggi untuk anda tatapi…
Muat turun: Trailer HD Quality

Notakaki:
- Jika ada kesalahan dalam penceritaan aku, tolong²lah betulkan ye… Huhu…
- Aku nak tengok lagi filem ni kali kedua, mungkin sampai kali ke-10…
- Gambar aku tak ada kat atas ni…












satu je salah.. bila ko kata transformers 2 lebih best dari 1… hehehehe… aku dah gi nengok 2 kali ni.. still dgn keputusan yg sama.. kalo ko google pon, orang sume kecoh pasal transformers 2 ni tak besh..
besh mmg best.. tapi yg 1 tu lagi besh..
.-= Khai´s last blog ..Orang Pertama Nengok Transformers: Revenge of the Fallen =-.
[Reply]
NoktahHitam Reply:
June 25th, 2009 at 3:31 AM
Transformers 1 lagi best!
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 25th, 2009 at 12:37 PM
erm nape aku rasa cite ni amat best eh? hohoho… erm takpe kita tunggu lagi respon dari lain..
[Reply]
Amirez Reply:
June 25th, 2009 at 11:21 PM
bg aku dua2 best tp pada perspektif berbeza.
kalau utk aksi rasanya yg 2 lebih best.
kalau untuk sedikit aksi dan lawak semestinya 1.
depends pd diri sendiri
aku suka dua2 sbb dua2 ada megan fox eheh
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 26th, 2009 at 8:57 PM
adoi ni yg bahaya neh org tgk sbb megan fox.. aiseyman.. aku rase megan fox takde dlm cite ni pon bagus.. hahaha..
[Reply]
ades,khai cakap tak best..huhuhu…nie yang tak best nie..aku baru plan nak tgk…tapi selera masing masing kot.
.-= pear´s last blog ..Ujian HIV =-.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 25th, 2009 at 12:37 PM
erm ko kene tgk dulu baru ko leh nilaikan.. bg aku ia amat best dan tak rugi ko tgk…
[Reply]
dah ramai yg layan filem nie.. best ke?
.-= adol´s last blog ..TERAPI ELEKTROSTATIK =-.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 25th, 2009 at 12:37 PM
best la… g la usha skrg.. sabtu neh ke…
[Reply]
khai ckp x best tanak ah tgk. nak tgk harry potter ahh ;p
*eleh gambar xde kt ats kah kah kah
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 25th, 2009 at 12:38 PM
laaa.. ni sorang agi.. best ar cite dia… g tgk dulu baru ko leh nilaikan… mmg takde la gambo aku.. hahaha..
[Reply]
apsal aku rasa jalan cerita dia cam serabut giler? hahhaahha
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 25th, 2009 at 12:39 PM
maybe ko tak hayati tol2 kot sbb tu rasa serabut.. pendapat masing2 kan.. hehehe.. aku tgk mmg ok aje n faham smua plot…
[Reply]
Mindaku Di Sini Reply:
June 25th, 2009 at 7:47 PM
aku tak tgk lagi..aku nilai berdasarkan kronologi ko tulis kat atas tuh..hehe
.-= Mindaku Di Sini´s last blog ..Take a good care of your pet =-.
[Reply]
rase macam nak tgk pulak cite ni
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 25th, 2009 at 12:40 PM
pergi la tempah skrg tiket.. satg full plak panggung…
[Reply]
adol Reply:
June 25th, 2009 at 12:49 PM
ko bia betu full panggung tu…
best sngt ke?
.-= adol´s last blog ..TERAPI ELEKTROSTATIK =-.
[Reply]
zelo55 Reply:
June 28th, 2009 at 8:16 PM
sori mnyampuk…
just nk ckp…
memang best!
ho3!
.-= zelo55´s last blog ..Aku Follower Hipokrit. Korang Camane? =-.
[Reply]
trandformers ni satu kemestian ker nak tengok? aku tengah kering la weh..nak masuk sem3 …
nanti aku g tengok lah…tu pun kalau ada bajet yang mencukupi…duit tak ramai la weh..
megan fox apa khabar? pinjam 2 hari boleh?
.-= zulfitry.com´s last blog ..Tutorial: Bagaimana Nak Curi Hati Si Dia ? =-.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 26th, 2009 at 8:52 PM
ia satu kemestian beb.. hahaha.. takkan kering kot, kan NN ada bg ko wit.. hahaha… megan fox leh disewa dari aku, sila taip on sewa ke 32999…
[Reply]
Transformers 1 n 2 .. sama2 best
Director Michael Bay dh bercadang nak buat Transformers 3 lak ..
Aku harap Transformers akan dtg ada Dinobots, Omega Supreme, dan robot yg paling best dlm sejarah Transformers .. Unicron!
hohoho
.-= hydir´s last blog ..Fabregas: Gunners is impotent! =-.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 26th, 2009 at 8:55 PM
hoho aku pon tak brape jelas ttg unicron neh.. ada google td.. hehehe… hurm kartun transformers dulu aku jarang nengok… sbb tu tak bape taw ttg robot2 lain selain optimus prime.. kalo ada trilogi transformers mmg gile gempak ar.. aku harap transformers ni dijadikan cerita mcm harry porter, biar ada byk series dia.. mmg smua org akan sokong nya…
[Reply]
wah..cambes je dr penceritaan ko ni… makin x sabar2 ak tgok cite ni.. tngu Autobots esok. aku datang…
[Reply]
daku juge dh tgk ini transformer 2..penuh le panggung mase nengok smlm..so far mcm ok la..layankan saje..
[Reply]
sampai ati yu pergi tengok x ajak ai?
haha… aiseh.. aku terpaksa tunggu download secara haram je la..
jeles je korang duk cakap2 pasal cite ni tp aku x leh tgk..
tempat aku x de panggung..
.-= Azah´s last blog ..Sejauh Mana Setianya Aku (Part 3) =-.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 26th, 2009 at 8:56 PM
tempat kamo kat kelantan or ganu ke cik azah oi? erm sian kamo… nanti ada kua DVD rip aku bg kamo link eh… i nak ajak u mcm ne, u kan pemalu nak deting ngan i :”>
[Reply]
Gambar aku pun x de kat atas tu…
hehehehehehe..
aku x le la nk tngk..
mmg x leh tngk pun..
kt tmpt aku mana ada panggung..
kesian..
.-= Mr.Bintang´s last blog ..Aq Merapu, Tag & Contest =-.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 26th, 2009 at 8:58 PM
erk lupa perlis takde wayang.. sian kamo.. ala fizz pergi aje la alor star tu naik train bukan jauh pon.. huhu… siyes ko pueh ati bila da tgk…
[Reply]
overall laa…citer transformer kali ni kurang bisa la
sbb tak sehebat setanding transformer first..biasanye org ramai lebih prefer 1st movie and baru 2nd dan seterusnya..tp tak kesah la sbb transformer ni ideologi israel
, tak leh la nk support mane pun..tp technology yg digunakan, alat perang yg dorg tjuk mmgla Malaysia pun tade.. kite patut bangga and bsyukur movie mcm UPIN IPIN GENG best la anak bangsa sendiri yg produce..anyway, best gak la sbb dapat tgk transformer ni 23jun as long dapat tgk first tayangan to public after 1st tayangan movie at tokyo..nk join tayangan perdana n utk tayangan VVIPs kat msia ni, tak dapet la, lain la dapat tiket free..hehe
tp kan slot yang best la kan transformer kali ni ialah bila waktu kemuncak citer ni, hero citer ni, SAM, selamatkan optimus prime…tersentuh skit la..tp kan citer kali ni sedih la sbenanye, menyentuh perasaan skit..tak tau nape..pikir pikir kan lah
[Reply]
bumble bee comel and smua idup dalam transformer kali ni..tp kan macam ade je sambungan transformer ni..
tgkla lau nk tau
[Reply]
wah… aku tak peduli apa orang kate..
even aku ade dengar orang cakap tak best..
tapi bagi fanatic cybermovie… aku kompom
nak pg tengok… siap pakse sayang aku ikut sekali.
hahaha…
.-= Kreuger´s last blog ..Bangangnye… =-.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 27th, 2009 at 7:42 PM
hoho org mcm ni yg kita nak… lantak pi ape org kata, janji kita usha dulu baru kita bg pendapat… hoho… ko da tgk? kalo da tgk nak usha skali agi tak? hahaha…
[Reply]
Action scene, CGI dan lawak tak bertempat buat movie ni best..
Owh and tak di lupa..The delicious Megan Fox!!
Cheers
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 27th, 2009 at 7:43 PM
arghhh si megan fox agi.. haha.. aku tataw ape yg best pada pompuan tuh.. hahaha… aku lebih minat robot jahat yg cool.. huhu
[Reply]
zelo55 Reply:
June 28th, 2009 at 8:10 PM
eh3…
wei…megan fox ak da cop arr…
ko amik si jetfire tu sudah laa..
wahahahaa…
.-= zelo55´s last blog ..Aku Follower Hipokrit. Korang Camane? =-.
[Reply]
tak puas tengok ending.. mudah sangat si penjahat dikalahkan… Opitmus Prime memang kuat!!
.-= Mustaffa´s last blog ..Rewiew: SkyDrive Yang Pemurah! =-.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 27th, 2009 at 7:44 PM
erm ending dia mmg la the fallen senang2 aje mampos… dah prime dapat badan jetfire mmg kaw2 la power.. hehehe…
[Reply]
hahaha anyway tak kesahla, org suke ke tak suke ke, kite still tak leh nk puaskan hati org..yg penting kite hepi
we are not Tuhan utk mbenci or menghukum org, so good luck for your blog and future
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 27th, 2009 at 7:57 PM
thats absolutely rite.. hehehe
[Reply]
graphics and visual memang gempak..
Tapi ak rase kurang kat story line dier,..
yang lain da okew da,..
.-= protonians´s last blog ..Movie = District-9 =-.
[Reply]
ak rase ni macam spoiler je…
hahahaha..
smue ko da crite habis dah..
ak rase ko kne tmbah bahagian robot kecik warna biru tu “main2″ kat kaki megan fox awek aku tu…
wahahahahahhaa…
.-= zelo55´s last blog ..Aku Follower Hipokrit. Korang Camane? =-.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
June 28th, 2009 at 11:52 PM
haha.. robot tu wat lawak aje tak berminat aku nak ulas tentang natang kecik tuh.. tambah2 agi psl megan fox, langsung takde taste.. hahaha…
[Reply]
I watched the Transformers cartoon version during my childhood days. It is nice to know that good computer graphics brought the Transformers back again. I wish to see more of the Dinobots in action perhaps on another sequel.
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
July 2nd, 2009 at 12:22 AM
I hope to see Unicron on transformers 3…
[Reply]