Live Update: 21 Feb ‘10, 4.01pm MYT PST
From: Nokia 6210 Classic
Ades, tak boleh blah betul kena skema bawa kereta kat tempat uji pandu metro driving academy. Tak lama lagi aku ada lesen penuh untuk kereta dan motosikal. Tak ada la jpj nak kacau lagi. Jangan gelakkan aku sebab dah tua2 macam ni baru nak ambil lesen. Hohoho…
Live Update: 20 Feb ‘10, 3.41pm MYT PST
From: Nokia 6210 Classic
Baru aku tahu nak concrete column la paling payah. Dua orang nak kena panjat atas kayu untuk pegang bucket crane dan lepaskan konkrit ke dalam formwork. Satu lori konkrit 2 meter cube nak habiskan konkrit pun makan lebih sejam.
Live Update: 17 Feb ‘10, 2.12pm MYT PST
From: Nokia 6210 Classic
Bukit dipotong. Inilah pemandangan yang aku suka tengok kerana kerja sebegini jarang dilihat aku. Dengan guna tangan yang satu dan kuku yang panjang, senang saja ia menggaru bukit. Confirm bukit geli kan? Hohoho..
Live Update: 17 Feb ‘10, 12.20am MYT PST
From: Nokia 6210 Classic
Aku dah sampai Sg. Buloh setelah dua malam tidur di Pahang sempena cuti raya cina. Di sana aku sempat beli 4 VCD filem terhebat pernah aku tonton yakni 2 VCD Transformers, 2 VCD Pirates of the Caribbean dan sekeping VCD muzik video dari artis kegemaran aku yakni Rossa. Aku hanya akan beli yang original jika filem dan muzik yang aku minati itu betul2 berkualiti untuk disimpan lama. RM 100 dilaburkan untuk VCD tersebut. Sebenarnya aku nak beli format DVD, namun di sana DVD filem yang aku minati tiada stok. Masa untuk layan movie sekarang, chow ~
Live Update: 15 Feb ‘10, 10.55pm MYT PST
From: Nokia 6210 Classic
Apa pandangan anda jika anda melihat situasi berikut:
"Anda melihat sekumpulan kawan sedang minum beer & sewaktu dengannya di restoran cina. Dalam kumpulan tu ada 2 orang berbangsa cina, 5 indonesia, 2 melayu dan 1 india. Mereka terus minum dan minum meraikan tahun baru cina hingga hampir 20 botol."
Apa pandangan anda? Adakah anda akan memandang serong terhadap bangsa melayu dalam kumpulan itu kerana mereka beragama Islam walau anda tak tahu mereka minum arak atau tak?
Live Update: 15 Feb ‘10, 1.38pm MYT PST
From: Nokia 6210 Classic
Selamat tahun baru cina diucapkan kepada seluruh kaum cina di Malaysia. Aku lani bercuti di pekan Triang, dalam daerah Bera, Pahang. Saja ikut pekerja aku lepak kat sini. Majoriti penduduk di sini berbangsa cina. Melayu, india dan kaum lain boleh dikira pakai jari je. Nak cari kedai makan pun susah betul. Walaupun tak berapa best kat sini, aku enjoy je lepak dengan kawan2.
Live Update: 13 Feb ‘10, 11.57am MYT PST
From: Nokia 6210 Classic
Aku tengah rehat minum di R&R Seremban setelah menempuh kesesakan lalu lintas yang agak teruk tadi. Destinasi aku hari ini masih jauh lagi. Harap lepas Seremban ni dah tak jem lagi. Sakit2 badan bawa kereta tadi. Korang cuti CNY ni buat ape? Lepak rumah je ke?
Live Update: 10 Feb ‘10, 3.33pm MYT PST
From: Nokia 6210 Classic
Huhu.. Hari ni aku mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membayar pendaftaran lesen kenderaan di Metro Driving Academy cawangan Sg. Buloh. Lesen apa yang aku ambil ye? Motor, kereta atau lori? Hope lepas ni tak ada lagi orang yang nak "menghalang" aku untuk bawa kenderaan ke sana sini. Semuanya hanya "alasan" depa.